Menteri Ismail Sabri Bagi Satu Berita Baik Untuk Pasangan Suami Isteri Dalam Tempoh PKPB

KERAJAAN membenarkan semula perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja mulai Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan mesyuarat hari ini memberi kelonggaran kepada pasangan untuk berbuat demikian bermula 1 Jun ini.

Menurutnya, sebelum ini ia dibenarkan sebelum ia dihentikan sebelum perayaan Aidilfitri dan kini kerajaan memutuskan ia ditarik balik.

“Hari ini mesyuarat bersetuju bahawa larangan itu ditarik balik. Oleh itu pasangan suami isteri yang terpisah boleh merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing.

“Perjalanan rentas negeri juga dibolehkan bagi kes membabitkan kecemasan, kmatian, perubatan dan urusan kerja seperti berulang alik ke tempat kerja.

Sebagai contoh tinggal di Negeri Sembilan tetapi bekerja di Putrajaya. Bagaimanapun rentas negeri masih tidak dibenarkan selain dari alasan yang saya sebutkan ini,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Sumber : Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Menteri Ismail Sabri Bagi Satu Berita Baik Untuk Pasangan Suami Isteri Dalam Tempoh PKPB"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*