Tiba Tiba TMJ Masuk Komen Pada Status Pemain Pahang Sumareh. Apa Yang Ditulis Oleh TMJ Mencetus Spekulasi

KUALA LUMPUR: Ke manakah destinasi pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh selepas ini?

Adakah pemain naturalisasi pertama negara itu bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Matthew Davies yang menyertai skuad Harimau Selatan itu musim ini?

Persoalan itu ditimbulkan penyokong bola sepak tempatan selepas melihat ‘perbualan’ antara Sumareh dan pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram pemain itu.

Rata-rata penyokong menyifatkan ‘gurau senda’ itu sebagai isyarat dan petanda bahawa Sumareh akan menyertai pasukan itu pada masa akan datang.

Pemain kelahiran Gambia itu berkongsi gambar jentera mewahnya dipercayai Mercedes A-Class Hatchback semalam namun apa yang lebih menarik perhatian apabila Sumareh dan Tunku Ismail saling berbalas komen.

Tunku Ismail sempat meninggalkan komen di hantaran terbabit apabila beliau menulis ‘haha’ yang disertakan emoji penumbuk dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangnya lazim dengan warna pasukan Harimau Selatan.

Sumareh membalas komen terbabit sambil tertawa dan mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Tiba Tiba TMJ Masuk Komen Pada Status Pemain Pahang Sumareh. Apa Yang Ditulis Oleh TMJ Mencetus Spekulasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*