Semalam Hampir 1 Angka Hari Ini Melonjak 3 Angka. DG Noor Hisham Beritahu Dari Mana Pertambahan Ini

Sejumlah 103 kes baharu dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu sekaligus menjadikan jumlah kes positif COV19 di Malaysia adalah sebanyak 7,732 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 103 kes baharu, tujuh kes merupakan kes import yang mendapat j4ngkitan di luar negara.

“Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia dimana 53 kes dikesan daripada Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan.

“Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warnanegara Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya pada sidang media harian di sini pada Jumaat.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kes kem4tian dalam tempoh yang sama sekaligus menjadikan jumlah kem4tian kekal 115 kes.

103 kes baharu, majoriti adalah kluster baharu pekerja asing

103 kes baharu, majoriti adalah kluster baharu pekerja asing

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 103 kes baharu, tujuh kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. 

Elak penularan di penginapan pekerja asing

Pekerja warga asing pembinaan lebuh raya di Kuala Lumpur berehat sementara menunggu hujan lebat pagi ini. Kementerian Sumber Manusia akan menguat kuasa peraturan penginapan lebih baik untuk mengelak jangkitan COVID 19 dalam kalangan pekerja warga asing. - Foto NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Tindakan Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 bagi menambah baik penginapan warga asing ialah langkah tepat dalam mengekang penularan wabak COV19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan menyambut baik pengumuman yang dilakukan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Rabu lalu, iaitu penambakbaikan Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 seperti yang disediakan Jabatan Tenaga Kerja Semananjung Malaysia.

“Seperti yang dimaklumkan kementerian sebelum ini, kebanyakan kluster membabitkan bukan warganegara berpunca daripada penginapan yang sesak dan ruang sempat, akibat tiada amalan penjarakan sosial.

“Ia sesuai untuk penularan pelbagai penyakit berjangkit, termasuk virus COV19.

“Situasi ini perlu ditangani segera bagi memastikan tiada penginapan pekerja yang tidak kondusif dan sukar mematuhi amalan penjarakan sosial,” katanya.

Sumber : Astro Awani / BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*