
PUTRAJAYA – Orang ramai tidak perlu memakai topeng muka ketika melakukan aktiviti beriadah termasuk berjoging dan memandu kenderaan seorang diri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menyarankan orang ramai memakai topeng muka apabila berada di tempat awam atau pun bagi mereka yang bergejala.
“Tapi kalau kita bersendiri semasa joging (tidak perlu pakai topeng muka) pastikan semasa joging kalau boleh ada penjarakan, kalau dua meter dan tiga meter lagi bagus.
‘Tak perlu pakai topeng muka ketika joging, memandu seorang diri’
“Kalau kita memandu seorang dalam kereta juga tidak perlu pakai topeng muka. Inikah yang kita nasihatkan kepada rakyat Malaysia dalam pemakaian topeng muka,” katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Cov19 di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pemakaian topeng muka dalam kalangan rakyat Malaysia perlu mengikut kesihatan individu.
Ini kerana terdapat laporan di China bahawa seorang rakyat di negara itu meninggal dunia ketika melakukan aktiviti di gimnasium akibat memakai topeng muka.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, tujuan utama pemakaian topeng adalah untuk memutuskan rantaian wabak kor0nav1rus (Cov19).
“Jadi kalai kita boleh pastikan penjarakkan sosial, jadi kita tidak perlu pakai topeng muka ketika itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply