Adakah PKPB Akan Disambung Lagi Selepas 9hb June Ini. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri

Tempoh PKPB adalah sehingga 9hb June 2020 dan baru baru ini tular di media sosial dimana satu surat menunjukkan bahawa PKPB akan dilanjutkan.

Perkara ini menimbulkan kegelisahan kepada sesetengah rakyat. Perkara ini diajukan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri nafi mesej tular PKPB akan sambung

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan mesej tular yang mendakwa kerajaan memutuskan untuk menyambung perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun.

“Ia berita palsu. Jangan percaya,” kata beliau pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri menggesa orang ramai untuk mencari maklumat yang disahkan mengenai SOP daripada laman web Majlis Keselamatan Nasional (NSC).

Katanya, terdapat garis panduan yang jelas mengenai SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menteri pertahanan itu menjawab soalan daripada seorang wartawan sekiranya perjalanan rentas antara negeri akan diizinkan selepas 9 Jun, ketika PKPB dijadualkan berakhir.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan jika PKPB akan disambung nanti, bersama dengan semua SOP berkaitan, termasuk perjalanan rentas negeri.

Sumber : Malaysia KINI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*