Dia Sudah Menghantar 40 Jen4zah Sebelum Ini Tetapi Kali Ini Dia Tidak Mampu Untuk ‘Hantar’

“SEJAK bekerja membawa kenderaan jen4zah, saya sudah menghantar hampir 40 jen4zah ke tanah perkuburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian… semangat saya menjadi lemah,” kata Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik yang lem4s di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Mohd berkata, dia berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jen4zah anak ke tanah perkuburan.

Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari m4yat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.

“Saya reda kerana orang kata mati lem4s jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya.

GAMBAR terakhir Mohd Ismail (dua dari kanan) bersama tiga anaknya pada Aidilfitri lalu, sebelum mereka hilang dikhuatiri lemas. FOTO Ihsan keluarga.

M4yat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.

Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya.

“Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jen4zah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi.

Jen4zah tiga beradik itu selamat tiba di pekarangan rumah keluarganya pada 4 petang hari ini.

Jen4zah disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung di Marang untuk dikebumikan dalam satu liang lahad berhampiran pusara ibu mereka.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Dia Sudah Menghantar 40 Jen4zah Sebelum Ini Tetapi Kali Ini Dia Tidak Mampu Untuk ‘Hantar’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*