
ALOR SETAR: Seorang pemandu dipercayai ma=buk nyaris merempuh sekatan pemeriksaan polis di Kilometer 40.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hutan Kampung di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, suspek berusia 58 tahun memandu Proton Saga FLX itu dipercayai dalam perjalanan dari arah utara menuju Pulau Pinang.
Bagaimanapun kereta dipandu suspek yang dipercayai menetap di Butterworth itu dikatakan terbabas sebelum melanggar tali penghadang di tengah jalan lebuh raya berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata hasil ujian Screening Device II yang dijalankan mendapati paras alko=hol dalam badannya positif 167/Mg/100ML.
Beliau berkata, hasil ujian pernafasan dengan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA) II mendapati suspek positif dengan bacaan 114MG/100ML dalam badannya.
“Suspek yang juga peniaga ditahan di lokap Balai Polis Alor Setar untuk membantu siasatan,” katanya.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply