Berderet Kereta Parking Tepi Pantai. Mereka Berikan Alasan Ini Tetapi Tidak Berjaya Dan Semua Kena Angkut

Masih ada lagi yang degil tidak mengikut arahan kerajaan ketika waktu PKPB. Adakah kerana terlalu ghairah menyambut Hari Raya Aidilfitri terus melupakan negara kita masih belum selamat?

Ini bukan kes pertama dan dijangkakan akan ada lagi tangkapan untuk mereka yang tidak mendengar arahan. Kes ini terjadi di negeri Johor.

Seronok Lepak Tepi Pantai Akhirnya Kantoi

Johor Bahru, 26 Mei 2020 – Seramai (8) individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor Bahru, semalam.

Pada jam 6.30 petang semalam, sepasukan anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan yang menjalankan pemantauan di Jalan Pantai Lido menghala ke Skudai, Johor Bahru telah memeriksa sekumpulan lelaki yang meletakkan (8) buah M/kar mereka masing-masing di bahu jalan dan melepak di tepi pantai.

ALASAN YANG DIBERIKAN

Hasil soal siasat awal mendapati kesemua mereka gagal memberi alasan yang munasabah semasa ditahan dan gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mereka mengaku hanya bersiar-siar dan memberi alasan duduk lepak di tepi pantai tersebut mengambil angin.

Kesemua mereka telah dibawa ke IPD Johor Bahru Selatan untuk dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). Setelah selesai urusan kompaun, kesemua OKK (Orang Kena Kompaun) telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pihak polis juga akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan taman rekreasi dan lokasi tumpuan orang ramai dalam daerah Johor Bahru Selatan bagi mengelak perhimpunan demi memutuskan rantaian COV19.

Sumber :- Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Berderet Kereta Parking Tepi Pantai. Mereka Berikan Alasan Ini Tetapi Tidak Berjaya Dan Semua Kena Angkut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*