Aiman Tino Disaman Kerana Langgar SOP PKPB Ketika Memancing. Aiman Tino Ceritakan Apa Sebenar Yang Terjadi Sebelum Kena Tangkap

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak membenarkan mana-mana individu ataupun pihak berkumpul dalam satu tempat dengan jumlah yang ramai. Hal ini termasuklah aktiviti memancing di kolam perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Menerusi Harian Metro, penyanyi popular, Aiman Tino telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1000 selepas dia bersama ayah dan adiknya didapati memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Walau bagaimanpun, dia mendakwa dirinya ‘terperangkap’ dalam situasi berkenaan selepas cuaca mulai hujan.

Cuaca hujan lebat ketika serbuan

Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut syarat Prosedur Standard Operasi (SOP) yang disediakan pemilik kolam ini. Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan turun lebat.

Ramai pengunjung berteduh pada bangsal terbuka pada satu tempat ketika itu yang melebihi 20 orang, polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung.

Saya kesal disaman pihak polis bersama para pengunjung lain. Kami dibekalkan syarat asas tatacara urusan kebenaran kolam pancing yang betul dan turut mengamalkan apa yang dikehendaki.

Menurutnya, pengunjung di kolam memancing tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan pemilik kolam berkenaan. Jarak antara pemancing turut dikekalkan. Namun ketika serbuan pihak polis, pengunjung terpaksa dikatakan berkumpul di bawah satu bumbung kerana cuaca hujan lebat.

Bukan sengaja langgar peraturan

Kami kerap memancing di kolam yang terletak hanya dua kilometer dari rumah berdekatan jalan utama di Kuala Kubu Bharu menyebabkan ramai datang memancing di situ.

Kolam ini memang terkenal sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Kami bukan sengaja langgar peraturan dan buat masalah.

Menurut bapa kepada Aiman, Mohd Yusri, dia bersama anak-anaknya bukan sengaja mengingkari PKPB, namun mereka telah patuh dengan peraturan serta mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai topeng pelitup muka dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing. Mereka bersama beberapa rakan lain turut bakal membawa kes ini ketengah bagi mendapat pembelaan yang setimpal.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Aiman Tino Disaman Kerana Langgar SOP PKPB Ketika Memancing. Aiman Tino Ceritakan Apa Sebenar Yang Terjadi Sebelum Kena Tangkap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*