Pasangan Warga Emas Diijabkabul Pada Hari Raya PKPB, Isteri Adalah Adik Kepada Arwah Isteri. Hantaran Yang Diberikan Memang Unik

KOTA BHARU: Aidilfitri tahun ini menjadi detik bersejarah buat warga emas, Yaacob Hassan, 77 dan Saudah Yaacob, 64 apabila selamat diijab kabul hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Imam Tua Masjid Mukim Padang Bongor, Muhammad Nurul Amin Abdul Rahman kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Majlis hanya dihadiri anak-anak dan saudara seramai 20 orang mengikut peraturan yang ditetapkan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Yaacob berkata, dia bersyukur kerana majlis itu dipermudahkan selepas dua kali ditunda berikutan penularan COV19.

HANTARAN UNIK

“Saya turut menyerahkan pelitup muka dan pembasmi kuman sebagai hantaran kepada pengantin perempuan”

“Syukur kerana hasrat mendirikan rumah tangga berjaya dilaksanakan dan kami akan membuat majlis selepas keadaan pulih,” katanya ketika ditemui di Kampung Desa Taqwa, Pengkalan Chepa, hari ini.

Selain hanya dihadiri tetamu yang terhad, akad nikah itu dijalankan dengan singkat sekitar 33 saat sahaja dan tidak ada acara bersalaman ketika lafaz akad nikah.

Pengantin dan tetamu turut memakai pelitup muka dan pembasmi kuman disediakan kepada tetamu yang hadir.

Yaacob yang mempunyai 10 anak, 31 cucu dan dua cicit itu berkata, dia mengahwini adik arwah isterinya, Aminah Yaacob yang meninggal dunia lima bulan lalu akibat kanser.

Katanya, dia mengahwini adik iparnya kerana wanita itu memahami dirinya selain mampu menjaganya dengan baik.

“Saya sendiri yang lahirkan hasrat nak kahwin dengan isteri (Saudah) untuk hilangkan rasa sunyi, dan anak-anak kami bersetuju,” katanya.

Sementara itu, Saudah berkata, Yaacob memberitahu hasrat ingin mengahwininya pada Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, bukan mudah dia menerima lamaran itu dan mengambil masa dua bulan untuk bersetuju selepas berbincang bersama empat anaknya yang berusia antara 42 hingga 34 tahun.

“Keluarga kami memang rapat, malah rumah kami pun dekat, perkahwinan ini juga mengeratkan lagi hubungan dua keluarga,” katanya yang kematian suami empat tahun lalu.

Seorang cucu mereka, Nur Azwaadiey Rosli, 25 berkata perkahwinan Yaacob yang dipanggil Tok Ayah adalah hadiah Aidilfitri paling bermakna buat keluarga mereka meskipun perayaan kali ini disambut berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, perkahwinan itu dipersetujui supaya mereka berdua dapat menemani dan menjaga satu sama lain memandangkan anak-anak bekerja dan masing-masing sudah berkeluarga.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*