
IPOH: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang menghala selatan atau Kuala Lumpur harus memasuki Hentian Sebelah Alor Pongsu untuk pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan merentas negeri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya hari ni, memaklumkan bagi tujuan berkenaan, laluan utama Kilometer (Km) 178.5 PLUS arah selatan ditutup sepenuhnya.
Yang turut ditutup sepenuhnya adalah susur masuk lebuh raya arah selatan di Persimpangan Alor Pongsu. Gambar penutupan laluan terbabit viral di media sosial sejak semalam.
“Pengguna dari utara ke selatan/KL dilencongkan ke Hentian Sebelah Alor Pongsu untuk pemeriksaan oleh PDRM.
“Susur masuk ke lebuh raya arah selatan di persimpangan Alor Pongsu ditutup sepenuhnya,” kata kenyataan LLM namun tidak memaklumkan tempoh penutupan laluan terbabit.
Difahamkan, langkah itu bagi membolehkan polis melakukan pemeriksaan ke atas pengguna lebuh raya yang melakukan kesalahan merentas negeri bagi menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
1.15pm PLUS@E1 : Laluan utama lebuhraya di KM 178.5 arah Selatan ditutup sepenuhnya. Pengguna dari Utara ke Selatan/KL dilencongkan ke Hentian Sebelah Alor Pongsu untuk pemeriksaan oleh PDRM. Susur masuk ke lebuhraya arah selatan di Persimpangan Alor Pongsu ditutup sepenuhnya. pic.twitter.com/yzAs4evMGQ
— LLM Trafik ?? (@LLMinfotrafik) May 26, 2020
Berita Berkaitan
23 kenderaan cuba rentas negeri diarah patah balik
Dua pemandu dikompaun dan 23 kenderaan diarah berpatah balik selepas dikesan cuba merentas negeri di tujuh Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin, berkata dalam tempoh 24 jam pihaknya memeriksa sebanyak 34,594 kenderaan di kawasan SJR.
“Tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di semua sektor dan plaza tol utama untuk laluan ke ibu negara pada hari ini.
“Berlaku sedikit kesesakan di SJR kerana pemeriksaan teliti dilakukan anggota polis bagi mengelakkan cubaan rentas negeri oleh pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui.
Bakri berkata, namun aliran trafik dikesan meningkat di kawasan Lembah Klang sejak pagi tadi dan mula berkurangan secara berperingkat.
“Semua individu yang diperiksa juga diingatkan supaya tidak pergi ke rumah ahli keluarga atau sahabat untuk beraya pada hari ini kerana kebenaran beraya hanya dibenarkan pada hari raya pertama.
“Saya menasihatkan masyarakat mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.
Tinjauan BH di lokasi SJR Plaza Tol Jalan Duta, di sini, mendapati aliran trafik menuju ke utara lancar, namun lalu lintas di lokasi sama menghala ke pusat bandar sedikit sesak berikutan pertambahan kenderaan serta pemeriksaan teliti dilakukan polis.
Aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan pula didapati dalam keadaan terkawal.
Sementara itu, keadaan lalu lintas di Plaza Tol Gombak pula didapati lancar dengan jumlah kenderaan yang amat sedikit dari arah pusat bandar ke timur menjadikan kawasan berkenaan lengang.
Aliran trafik di lokasi itu menghala ke pusat bandar juga lancar walaupun ada pemeriksaan dilakukan polis di lokasi berkenaan.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Leave a Reply