
Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagi mengekang penularan wabak COV19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.
Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.
Polis ada cara bertindak terhadap yang bolos
Polis ada pelbagai pendekatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bolos untuk balik kampung menyambut Aidilfitri walaupun berjaya melepasi sekatan jalan raya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata justeru, orang ramai diminta tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.
“Walaupun dapat melepasi pemeriksaan SJR sehingga ke destinasi dituju, polis ada pendekatan tertentu untuk mengatasi perkara itu.
“Awas dan jangan ambil mudah perkara ini kerana kami akan melaksanakan tugas walaupun pendekatan diambil mungkin tidak digemari masyarakat kerana pihak polis terpaksa melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara, di sini, sabtu lalu.
Jalan Ke Kuala Lumpur Ditutup Dari Utara
Tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan penutupan jalan yang menghala ke selatan dari utara.
Gambar tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Kamarul Zaman MJ. Beliau memuat naik gambar gambar tersebut di group Facebook to Penduduk Alor Setar / Jitra (PASJ). Hasil perkongsian tersebut mendapat lebih dari 2700 perkongsian.
*Untuk makluman, susur ke arah Selatan (Ipoh/KL) dari Plaza Tol Alor Pongsu telah ditutup sepenuhnya. Hanya ke arah Utara (Kedah/Penang/Perlis) sahaja dibuka. Moga bermanfaat.*
Kerja Kerja Penutupan Jalan Sedang Dijalankan
Setakat ini tiada sumber rasmi dari pihak berkuasa mengenai penutupan jalan tetapi jika difikir secara logik memang ini salah satu cara untuk menahan sesiapa yang berjaya bolos rentas negeri untuk sambutan Hari Raya.
Jika anda tiada surat kebenaran dari pihak PDRM, tindakan akan diambil.
Jadi pada yang berjaya bolos selamat berjaya untuk pulang ke rumah. Harap cukup lah duit dalam dompet untuk bayar kompaun jika anda rentas negeri tanpa kebenaran. Pihak berkuasa telah pesan berpuluh kali untuk tidak rentas negeri ketika Hari Raya.
Artikel By: Tea Oh Ice Media
Leave a Reply