Anak Jiran Dia Nak Balik Beraya Merentas Negeri. Ini Perbualan Antara Dia Dengan Pihak Polis Tentang Isu Jiran Dia

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah berpesan kepada orang ramai membuat aduan terhadap sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pihak berkuasa.

Patuh dengan arahan, seorang wanita dipercayai tinggal di Kedah membuat aduan kepada pihak polis mengenai anak jirannya yang ingin merentas negeri, biarpun pergerakan merentas negeri adalah dilarang sama sekali.

Aduannya membuatkan hati orang ramai tercuit hati. Paparan skrin mesej dihantar individu itu dikongsikan Polis Kedah dengan mengaburi identiti pengadu.

“Salam admin, nak tanya sikit.. Nak buat aduan kat mana? Semalam jiran saya beritahu anak dia nak balik raya ni.. Anak dia duduk Perak dekat Ipoh.”

Bukan penyibuk, kita nak bendung wabak ini

Amalan jaga tepi kain orang amat digalakkan buat masa sekarang

Tolong jangan ‘ketegaq’ (degil)

Duduk satu negeri, tapi ayah tak bagi balik

Macam pengawas mengadu kat cikgu

Polis Kedah juga turut berkongsi nombor telefon Hotline Bilik Gerakan COVID-19 Daerah Kontinjen Kedah yang boleh dihubungi warga Kedah sekiranya ingin membuat aduan mengenai kesalahan rentas negeri.

1. Kota Setar – 047326079

2. Kubang Pasu – 049172222

3. Kuala Muda – 04- 4299058

4. Padang Terap – 047865208

5. Yan – 044657489

6. Sik -045695222

7. Kulim – 044906222

8. Bandar Baharu -04-4076603

9. Pendang – 04-7596222

10. Langkawi – 04-9663999

11. Baling – 04-4708999

Sumber: Polis Kedah via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*