Suasana Hari Raya Di Rumah Ini Paling Meriah Dan Polis Dan Tentera Pun Datang

Walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk aktiviti kunjung-mengunjung pada musim perayaan ini, ia bagaimanapun terhad kepada hari raya pertama sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan tetamu bermalam di rumah ahli keluarga yang dikunjungi sebenarnya adalah satu kes4lahan kerana mel4nggar garis panduan serta peraturan yang ditetapkan sebelum ini.

Keluarga ini dikunjungi P0lis dan tentera

GEORGE TOWN: Kemeriahan hari pertama syawal yang diraikan ratusan keluarga di kediaman masing-masing, dekat Ayer Hitam, di sini menerima kunjungan ‘tetamu istimewa’.

Lengkap berpakaian seragam, ‘tetamu istimewa’ yang terdiri daripada pasukan p0lis dan tentera itu hadir bagi membuat pemeriksaan mengeejut terhadap tahap pematuhan prosedur 0perasi standard (SOP), dari rumah ke rumah, pagi tadi.

Ketua Balai P0lis Ayer Hitam, Asisten Superintendan Mohamad Fazly Abdullah, berkata pemeriksaan itu membabitkan kira-kira 200 kediaman, malah pihak berkuasa memberikan nasihat berkaitan kepada seisi keluarga untuk sentiasa mematuhi SOP ketika musim perayaan.

Berdasarkan perangkaan semasa, katanya, hampir 40 peratus daripada keseluruhan kediaman dalam kawasan mengikut bidang kuasanya terdiri daripada kelukarga Melayu.

“Kita melakukan rondaan di kawasan kejiranan berkaitan untuk memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan SOP.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan kadar pematuhan masyarakat, sekali gus mencerminkan bahawa mereka sedar mengenai bah4ya C0vid-19 dan bertanggungjawab untuk menangani penularan jangk1itan w4bak berkenaan,” katanya, hari ini.

Disambut secara ramah, pemeriksaan di Kampung Masjid, dekat Jalan Zoo membabitkan seorang pegawai, lapan anggota p0lis dan tentera turut diperluaskan ke kediaman dekat Kampung Melayu.

Sementara itu, pesara, Zainudin Mat, 57, menyatakan kegembiraan terhadap kehadiran angg0ta pihak berkuasa yang mengendalikan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Kita faham mengapa pemeriksaan seperti ini harus dilakukan. Kita berterima kasih kepada polis dan angg0ta tentera yang terus berk0rban untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Tidak dinafikan, kehadiran mereka membuatkan kita selamat dan terjamin, malah ia tugas pihak berkuasa untuk memantau pematuhan peraturan ketika PKPB.

“Sebagai sebuah keluarga, saya mengambil tanggungjawab untuk memastikan had jumlah tetamu yang dibenarkan untuk aktiviti ziarah ketika musim perayaan sentiasa dipatuhi,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini dilap0rkan berkata p0lis dan tentera akan melakukan pemeriksaan ke rumah, ketika musim perayaan bagi memantau tahap pematuhan PKPB dan SOP dalam kalangan masyarakat.

Seiring kelonggaran yang diberikan, aktiviti ziarah dibenarkan hanya pada hari pertama Aidilfitri, selain membabitkan 20 tetamu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: – M.B

Be the first to comment on "Suasana Hari Raya Di Rumah Ini Paling Meriah Dan Polis Dan Tentera Pun Datang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*