
Semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengedarkan 6 ribu pek bubur lambuk dan 10 ribu kad raya buat penduduk di kawasan Muar. Namun, foto yang dimuat naik Syed Saddiq ternyata mencuri tumpuan netizen kerana bubur yang dimasak olehnya itu tidak mempunyai api.
Susulan daripada itu, netizen mula menunjukkan kreativiti mereka untuk edit gambar tersebut. Pelbagai gaya dan jenis api diletakkan di foto tersebut. Siap ada Ultraman lagi!
Haa ni orang dah letakkan api. Syed Saddiq Jelaskan
Menurut Syed Saddiq, bubur itu sudah siap dimasak. Dia cuma tolong kacau sahaja dan dia sendiri sedar bahawa memang tiada api.
SYED SADDIQ PUN RASA KELAKAR
Banyak gambar yang diedit oleh netizen kita sendiri. Memang lucu sebenarnya, tak sanggup nak letak semua gambar dalam artikel ini.
NAJIB RAZAK JOIN PERLI
Siapa sangka bekas Perdana Menteri kita atau dulu popular dengan panggilan Bossku, Dato Seri Najib Razak juga turut serta ‘perli’ Syed Saddiq.
Dengan hanya kapseyn ‘Ada Api’ semua orang tahu kepada siapa dia tujukan.
Dengan jumlah like melebihi 124 ribu dan jumlah perkongsian mencecah 7900 di Facebook rasmi beliau, Najib Razak.
Gambar tersebut diambil pada tahun 2019 ye bukan pada tahun ini. Apa pun memang kelakar la bossku ..
Artikel By: Viddy Media
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply