
Perkara yang paling dirindui oleh umat islam sepanjang musim PKP ini adalah bersolat jemaah di masjid. Semenjak PKP dilaksanakan bukan sahaja masjid tetapi rumah ibadat untuk agama lain juga ditutup.
Untuk PKPB pula masjid dibenarkan untuk solat jemaah untuk solat jumaat tetapi dengan angka jemaah yang sedikit. Penjarakkan sosial tetap dilaksanakan.
COV19: Gereja di Berlin buka pintu untuk umat Islam tunai solat Jumaat
Normal baharu menyaksikan sebuah gereja di Berlin, Jerman membuka pintu untuk umat Islam bagi menunaikan solat Jumaat di rumah ibadat tersebut susulan peraturan penjarakan sosial yang dilaksanakan di masjid di negara itu.
Susulan langkah itu, Masjid Dar Assalam di daerah Neukölln di bandar tersebut hanya dapat memuatkan sebahagian jemaah bagi mengelakkan penularan pandemik COV19.
Masjid itu sebelum ini boleh memuatkan beratus-ratus jemaah setiap kali solat Jumaat.
Bagaimanapun, gereja Martha Lutheran di Kreuzberg mengambil pendekatan menawarkan ruang untuk umat Islam melaksanakan solat Jumaat pada bulan Ramadan.
Menurut imam Masjid Dar Assalam, Mohamed Taha Sabry, pertolongan tersebut merupakan petanda baik dan memberi kegembiran kepada umat Islam ketika berdepan krisis tersebut.
“Pandemik ini telah menjadikan kita sebuah komuniti. Krisis membawa penyatuan rakyat,” katanya.
Paa 4 Mei lalu, Jerman membenarkan semula aktiviti keagamaan tetapi para Jemaah perlu menjaga jarak sekurang-kurang 1.5 meter.
Sumber : Astro Awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply