Vivy Yusof Nak Saman Lelaki Ini Kerana ‘Mencuri’. Ini Jawab Balas Lelaki Tersebut

Artis visual Izat Arif Saiful Bahari hairan apabila foto yang digunakan untuk siri karya foto sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat notis amaran dari usahawan selebriti Datin Vivy Yusof.

Kata Izat, 34, tuduhan menerbitkan semula foto milik usahawan itu tanpa keizinan dianggapnya tidak berasas.

“Apabila saya mendapat surat elektronik tersebut, saya berasa agak hairan kerana tuduhan tersebut seperti tidak berasas.

“Saya juga berasa tidak pasti akan tuduhan dan tuntutan peguam itu kerana saya hanyalah seorang seniman dan tidak begitu arif dalam dunia perundangan.

“Saya tidak meminta kebenaran sesiapa untuk menggunakan foto itu kerana ini hal biasa dan dibenarkan dalam kerja kreatif yang mempunyai elemen-elemen satira dan kritikan,” katanya kepada Gempak.

Jelas Izat, foto berkenaan tidak dijual dan masih menjadi hak miliknya biarpun pada mulanya ia merupakan sebahagian daripada siri ‘RMO= RM 0’ yang dipamerkan di akaun media sosial Galeri Ilham.

Bagaimanapun, Izat mengambil pendekatan untuk memadamkan foto terbabit kerana enggan memanjangkan hal tersebut.

“Dalam hal perundangan, seringkali mereka yang tidak mempunyai ‘privilege’ akan kalah walaupun berada di pihak yang benar dan betul.

“Siapa yang lagi banyak wang dan kuasalah yang akan menang.

“Saya padam kerana tidak mampu mengupah peguam untuk lawan di mahkamah.

“Para pekerja seni memang tiada sokongan institusi atau kesatuan dalam hal-hal begini. Bagi saya, ini masalah sistemik,” tambahnya.

Perkongsian Izat di Instagram mengenai kandungan kiriman emel dari pihak yang tertera nama Vivy Yusof mencuri perhatian ramai di media sosial terutamanya Twitter.

Malah, situasi itu mendapat sokongan ramai yang beranggapan situasi itu seolah-olah kitaran karma.

“Akhirnya kebenaran akan terbongkar. Sangat mudah bagi pihak ‘atasan’ merendahkan atau memperkecilkan pandangan masyarakat.

“Kita juga boleh menyiasat dan cuba memahami situasi dengan sendiri. Tidak perlu lagi diberitahu, disuap dan dimanipulasi oleh yang berkuasa,” ujarnya.

Siri ‘RMO= RM 0’ kata Izat mengumpulkan beberapa perkara dan isu yang menjadi topik perbualan sepanjang PKP antaranya sumber pendapatan, pencemaran alam sekitar, keadaan pelajar universiti yang terkandas di asrama, gelagat selebriti, serta tuduhan peniruan
karya oleh Vivy Yusof.

Izat mula berkecimpung dalam bidaag seni visual sejak 2009 lagi dan situasi yang berlaku itu bukan kali pertama dalam sejarah kariernya sebelum ini.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Vivy Yusof Nak Saman Lelaki Ini Kerana ‘Mencuri’. Ini Jawab Balas Lelaki Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*