Boleh Ke Tidur Di Kampung Yang Terletak Di Daerah Sama Pada Hari Raya. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri

Kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dalam yang negeri sama dan polis pula boleh mengesan taktik pemandu yang mahu merentas negeri kerana sudah biasa dengan jawapan orang ramai sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kes-kes di mana wujud dakwaan mengatakan polis tidak membenarkan mereka merentas daerah sebenarnya tidak tepat.

“Buat masa ini rakyat di sesebuah negeri dibenarkan di dalam daerah. Sebagai contoh pergerakan dari Kuantan ke Kuala Lipis walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam, ia tetap dibenarkan,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

ADAKAH BOLEH BERMALAM PADA HARI RAYA PERTAMA DAN KEDUA?

Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mengikut SOP, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja.

“Kalau kita raya 24 haribulan, kalau dia tidur di situ, lebih pukul 12.01 (tengah malam) dah jadi 25 haribulan, dan dia nak beraya lagi esok tu, jadi salah dari segi SOP,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Sumber : Sinar Harian / Siakap Keli

Jadi tepat pukul 12.01 malam tak boleh la banyak kereta depan rumah. Mau polis terjah time nak tidur ..

 

Be the first to comment on "Boleh Ke Tidur Di Kampung Yang Terletak Di Daerah Sama Pada Hari Raya. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*