Bawa Balik Teman Lelaki Pulang Ke Rumah. Lelaki Tersebut Diminta Menjadi Imam Solat Jemaah Dan Ini Terjadi Selepas Itu

Memilih untuk mengakhiri zaman bujang dengan berkahwin adalah yang terbaik. Sebelum berbuat demikian, kebanyakan pasangan bercinta akan membawa kekasih mereka berjumpa dengan keluarga terlebih dahulu.

Seperti perkongsian pengguna Twitter Kysstna, membawa pulang teman lelakinya itu ‘ditemuduga’ dengan ibu bapa di rumah. Tapi tidak sangka pula tindakan lelaki ini berjaya menambat hati keluarganya.

Kena sentiasa bersedia

Gadis berusia 19 tahun ini berkongsi keterujaan itu di laman Twitter yang telah meraih 9 ribu retweet. Dia berharap orang ramai dapat memperolehi kebaikan menerusi perkongsiannya itu. Dimana, lelaki perlu sentiasa bersedia berdepan dengan keluarga kepada perempuan terutamanya mengenai soal agama.

Malah, setiap kali ingin keluar bersama, dia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu. Anda sebagai lelaki juga dinasihatkan untuk meminta izin kepada keluarga perempuan ye..

Video solat berjemaah

https://twitter.com/kysstnaa/status/1263482961338396672

Kena ubah diri jadi baik

Jika anda inginkan pasangan hidup yang ‘sempurna’, sedap mata memandang, anda perlulah mengubah diri ke arah kebaikan. Belajar mengenai soal agama, adat bersama orang lebih tua dan sebagainya.

Perkongsian gadis ini turut mendapat banyak respon positif daripada netizen. Mereka turut menyakini kekasihnya itu adalah ‘imam’ yang terbaik buat seorang wanita atas tindakannya dapat mengimamkan solat keluarga.

Comelnya boyfriend jadi imam

CEPAT KAHWIN TAU

Dia masih meluahkan perasaan tidak percaya dengan apa yang berlaku pada hari berkenaan. Rata-rata pengguna Twitter mendoakan agar gadis ini akan menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya itu tidak lama lagi.

Sumber: Kysstna

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*