
Sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri telah menyenaraikan beberapa negeri mencatat kenderaan paling tinggi yang cuba merentas negeri.
Katanya, negeri yang paling tinggi adalah negeri Melaka iaitu sebanyak 886 kenderaan, Perak dengan 362 kenderaan dan diikuti dengan Pulau Pinang dengan jmlah 284 buah kenderaan.
MELAKA MENJADI NEGERI TERTINGGI
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa sebanyak 2,539 kenderaan didapati cuba untuk merentas negeri semalam telah diarah berpatah balik.
“Semalam, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM”, ujarnya.
Sebelum ini beliau memaklumkan bahawa individu yang diarah berpatah balik kerana cuba untuk merentas negeri akan dikenakan kompaun mulai hari ini.
Menurutnya, tindakan tersebut terpaksa dilakukan supaya rakyat sedar bahawa kerajaan memandang serius berkenaan kes merentas negeri ini bagi mengekang penularan wbak Covid-19.
“Akibat rentas negeri, kita baca satu perempuan didapati positif apabila sampai ke kampung setelah merentas negeri. Sebab itu kita tidak ada kompromi lagi, tidak ada bertolak ansur lagi di dalam soal rentas negeri ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa mereka yang terlepas dan sedang berada di kampung halaman masing-masing turut tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.
“Mana yang dah balik pun, bila pulang ke Kuala Lumpur mereka mungkin saya jangka tidak akan terlepas dari tindakan seterusnya”, katanya.
Sumber : Siakap Keli via Online Malaya
Leave a Reply