Gadis Bangga Guna ‘Kabel Polis’ Untuk Balik Kampung Beraya. Pihak Polis Dungun Tampil Untuk Bersihkan Nama Mereka Yang Dibusukkan Oleh Gadis Tersebut

Sudah 2 bulan lebih kita rakyat Malaysia bersatu untuk mengurangkan penvlaran vlrus C0VID19.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk sama-sama membantu pihak Kementerian Kesihatan.

Hasilnya hari ini kita berjaya melandaikan lekuk jangkitan dengan jumlah kes setiap hari kurang dari 50 kes.

Walau bagaimanapun pergerakan rentas negeri tetap tidak dibenarkan melainkan mempunyai alasan yang kukuh atau pun kecemasan.

Sesiapa yang melanggar perintah yang ditetapkan akan diminta berpatah balik dan dalam masa yang sama akan dikenakan kompaun.

Semalam kita telah dikejutkan dengan kes penularan C0V1ID-19 di Kelantan yang mana negeri Kelantan sebelum ini merupakan zon hijau.

Ini adalah akibat dari seorang wanita yang telah merentas negeri dari Kuala Lumpur.

Ini adalah sebab mengapa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan.

Jual Nama Polis Dungun

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan ada individu yang lebih ‘pandai’ menggunakan helah untuk tetap pulang ke kampung.

Seorang wanita telah bertindak memuat naik status di IG story memberitahu bahawa dia dapat pulang ke kampung kerana mempunyai ‘kabel’.

Dia turut memuat naik perbualan WhatsApp di Instagramnya dan dengan bangganya meminat supaya orang lain tidak cemburu dengannya.

Beberapa screenshot telah dimuat naik di Facebook dan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan.

Ini menunjukkan contoh yang tidak elok tambah lagi apabila dia telah memetik nama pegawai p0lis yang memberikan kebenaran untuknya.

Untungla rentas negeri pakai kabel.

Yang muka selipar kena angkut kat rumah. Muka lawa takkan lepaih kot

Apalah bijak sangat perangai lahai, dah ada kabel tu nak post macam ni pula kan dah terserlah kebod0han kau. Kau tgklah confirm sarjan bagi kau surat pelepasan rentas negeri mmg kena lah. Jgn underestimate netizen semua benda nak post, haih geram aku.

Nak kata bod0h marah lak… Siap bgtaw kabel kemas… Kemas betoi hahaha… Ang gtaw boleh balik sudah la hahaha… Nak menunjuk pon pandang2 haha… Sekali ramai yg ber’dengki’ sekarang hahahaha..

Nampaknya muka2 cun je la yang boleh rentas segala daerah dan negeri.. muka beshe2 tak ada harapan nampaknya..

#kkm #pdrm tolong ambil tindakan kat perempuan n sarjan edy sebab suka hati dia lepas perempuan filter ni rentas negeri.

Adik akak yang keje inspekt0r kat bukit aman pun akak tak berani nak suruh dia buat surat. Tak pepasai kena tindakan sesaja sarjan tu… Tak amanah langsung…

Nampaknya sudah ada netizen yang membuat laporan tentang isu ini kepada pihak bertanggungjawab.

POLIS DUNGUN TAMPIL BUAT KENYATAAN

POLIS menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun, Terengganu ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Sebelum ini, wanita yang menggunakan nama ‘Siska Qirana’ memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan mesej dengan seorang sarjan polis mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’.

Tindakan itu mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.

“Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit dipecah masuk.

“Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana (Putrajaya) pada 27 April lalu.

“Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anak-anaknya ditinggalkan di sini (Dungun) bersama keluarganya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharudin berkata, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada ‘orang dalam’ kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.

Menurutnya, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.

“Kita tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberikan bukan kerana mempunyai orang dalam, sebaliknya atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kes di Putrajaya,” katanya.

KENYATAAN RASMI PDRM DUNGUN

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

2 Comments

  1. Perempuan yg bodoh saja yg suka menunjuk2 ttg kehebatan dia merentas negeri sbb ada kabel kuasa dari pihak polis..Bila dah riak maka segaka kebodohan dan kebahlolan pun terserlah…Pihak Pdrm harus mengambil tindakan keatas gadis bodoh itu…

  2. Perempuan yg bodoh saja yg suka menunjuk2 ttg kehebatan dia merentas negeri sbb ada kabel kuasa dari pihak polis..Bila dah riak maka segala kebodohan dan kebahlolan pun terserlah…Pihak Pdrm harus mengambil tindakan keatas gadis bodoh itu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*