Bagaimana Wanita Mengandung Positif C0VlD Dari Ampang Ke Kelantan Melepasi Sekatan Rentas Negeri. Ini Respond Dari Pihak PDRM

Wanita hamil yang didapati positif Cov19 di Kelantan, diberi kebenaran daripada pihak polis untuk membuat perjalanan dari Ampang atas sebab-sebab kesihatan.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata wanita itu bertemu dengan beberapa orang saudara-mara dan mempunyai kontak fizikal dalam perjalanan pulang ke kampung.

WANITA TERSEBUT DIKESAN POSITIF KETIKA BERADA DI KELANTAN

“Dia nak bersalin di kampung jadi kita benarkan, positif didapati tiba-tiba.

“Kita difahamkan sebelum dia balik rumah dah jumpa pelbagai orang, Keluarga dekat dan jauh, dan pasal dah rindu lama tak jumpa berpelukan satu sama lain,” kata Ismail pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Wanita itu adalah kes positif terbaru di Kelantan selepas negeri itu diisytiharkan sebagai zon hijau.

Ismail berkata disebabkan wanita itu didapati positif, seluruh kampung perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, dan kawasan itu dianggap kawasan perintah berkurung walaupun perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) tidak diisytiharkan.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak pasti berapa ramai warga tua dan kanak-kanak terdedah, dan bimbang akan risiko yang mereka hadapi.

Beliau berkata ini merupakan satu peringatan untuk orang lain, agar tidak membuat perjalanan yang tidak perlu jika kembali ke kampung halaman mereka.

Perjalanan antara negeri dihadkan kepada kes-kes kecemasan sahaja, dan Ismail berkata denda akan dikeluarkan untuk mereka yang cuba merentas negeri.

Ini Respond Ibu Kepada Wanita Hamil Positif Cov19 Di Kelantan

Ibu kepada wanita hamil yang positif Cov-19 dari Kuala Krai, Kelantan, mempertahan kepulangan anaknya dan merayu supaya orang ramai tidak terus mengecam tindakan anaknya yang pulang ke kampung.

Norazlina Abdul Rahim, 50, berkata anak perempuannya itu pulang ke kampung bukan untuk sambut Aidilfitri sebaliknya untuk bersalin susulan sedang hamil 35 minggu.

“Tolonglah jangan kec4m anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.

“Menjadi kesukaran untuknya bersalin di Ampang, Kuala Lumpur kerana suaminya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil yang berusia tiga tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang wanita disahkan positif Cov-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif Cov-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

Sementara itu Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijangka bersalin pada 19 Jun nanti.

Jelasnya sejak isu anaknya tular di media sosial, ramai netizen yang bertindak mengecam tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga nyahaktifkan akaun Facebook. Kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kec4man itu.

“Saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Dalam perkembangan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata wanita berkenaan berada dalam keadaan stabil.

 

Be the first to comment on "Bagaimana Wanita Mengandung Positif C0VlD Dari Ampang Ke Kelantan Melepasi Sekatan Rentas Negeri. Ini Respond Dari Pihak PDRM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*