Lelaki Ini Tergamak Menyep4k Rider Wanita Foodpanda. Ini Kenyataan PDRM

Lelaki yang menunjukkan isyarat luc4h dan menendang seorang wanita yang juga pekerja penghantar makanan dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong dekat sini, semalam akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseks4an kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseks4an kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

“Kita terima dua laporan polis berhubung kejadian itu, semalam masing-masing daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 61 tahun.

Rakaman video CCTV menunjukkan perselisihan faham di antara seorang wanita penghantar makanan dengan seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong.

Rakaman video CCTV menunjukkan perselisihan faham di antara seorang wanita penghantar makanan dengan seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong.

“Menerusi laporan polis dibuat wanita itu, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki itu.

“Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, kata beliau pihaknya maklum mengenai penularan beberapa berita palsu di media sosial berhubung kejadian itu termasuk tohmahan mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan.

“Perlu diingatkan perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam BH melaporkan mengenai satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.

Suspek turut menunjukkan isyarat luc4h kepada mangsa dan men3ndangnya beberapa kali sehingga m4ngsa terjatuh.

Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang semalam.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Lelaki Ini Tergamak Menyep4k Rider Wanita Foodpanda. Ini Kenyataan PDRM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*