Selepas Kelantan Kali Ini Negeri Kedah Pula Mendapat Positif C0VlD Pertama Setelah Bebas Sepenuhnya Sebelum Ini. DG Hisham Buat Kenyataan

Kelantan dan Kedah yang enikmati lebih daripada 30 hari bebas koronavirus (Cov19) kini terpaksa menerima hakikat bahawa negeri tersebut sekali lagi dilanda wabak berkenaan.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua negeri tersebut masing-masing merekodkan satu kes baharu.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Kelantan sebanyak 156 kes manakala 96 kes di Kedah.

Kelantan menjadi negeri kedua bebas Cov19 selepas Perlis apabila tiada kes baharu direkodkan sejak 29 April.

Sehari kemudian, Kedah pula diisytihar bebas Cov19.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kes baharu di Kelantan membabitkan wanita sarat mengandung dari Ampang pulang ke kampung halamannya bagi melahirkan bayinya.

Di Kedah pula, salah seorang pelajar yang bakal dihantar pulang ke Sabah Sarawak disahkan positif selepas KKM melakukan saringan terhadap 271 pelajar.

“Dia telah diasingkan dan kita sedang menyiasat bagaimana jangkitan tersebut boleh berlaku,” katanya.

Selain Kedah dan Kelantan, Terengganu dan Sabah juga masing-masing merekodkan satu kes baharu positif Cov19.

Selangor merekodkan kes baharu tertinggi dengan 10 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ia dilakukan diikuti dengan Kuala Lumpur yang mencatatkan tujuh kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Sementara itu, KKM merekodkan dua kes positif baharu melibatkan kes import.

Negara merekodkan kes baharu bawah 50 kes sejak sembilan hari lalu.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Selepas Kelantan Kali Ini Negeri Kedah Pula Mendapat Positif C0VlD Pertama Setelah Bebas Sepenuhnya Sebelum Ini. DG Hisham Buat Kenyataan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*