Sebulan Tanpa Kes C0VlD19 Tetapi Kerana Dia Rentas Sempadan, Kelantan Catat Kes Pertama. Ini Kenyataan Dari Dr Izani Husin

Selepas kira-kira sebulan bebas daripada sebarang kes Cov19, Kelantan merekodkan kembali kes baru wabak tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin kepada media, hari ini.

Polis mengadakan sekatan jalan raya di Kampung Tanah Puteh, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mempertingkatan pengawasan dan pemeriksaan kenderaan rentas sempadan. - NSTP/Ramli Ibrahim

“Dari segi pengesahan sepatutnya kita tunggu pengumuman pengarah hospital.

“Daripada maklumat yang saya terima apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan. Dia (pesakit) balik apabila ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini.

“Secara tidak rasmi dikatakan dia positif dan sedang dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di kediaman rasmi menteri besar di JKR10, Kota Bharu.

Terdahulu, difahamkan seorang pesakit yang juga wanita hamil didapati positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Berita Berkaitan Rentas Negeri

Rentas negeri balik kampung, jangan menyesal kemudian hari

Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.

Sebanyak 1,248 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melepasi sekatan jalan raya pada Sabtu manakala sehari sebelumnya sebanyak 508 kenderaan turut diarah berbuat demikian.

Walaupun perjalanan melebihi radius 10 kilometer sudah dibenarkan dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga jam 10 malam, namun pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibenarkan.

Ini kerana tindakan merentas negeri boleh menyumbang kepada risiko jangkitan Covid-19 kepada keluarga masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan kegusaran dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 971 kes positif Covid-19 iaitu 14.1 peratus daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.

Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan sepuluh daripada kluster itu masih aktif.

Sementara itu, mengenai pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan hari ini.

Sumber : BHARIAN ONLINE / SINAR HARIAN

Be the first to comment on "Sebulan Tanpa Kes C0VlD19 Tetapi Kerana Dia Rentas Sempadan, Kelantan Catat Kes Pertama. Ini Kenyataan Dari Dr Izani Husin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*