Baju Tuanku Permaisuri Jadi Pujian Rakyat Jelata. Ini Kata Kata Pujian Daripada Netizen Kepada Permaisuri

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraih tumpuan wargamaya menerusi busana mewahnya sewaktu mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada Isnin.

Menerusi laman sosial Instagram, pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi beberapa keping foto bersama Tuanku sewaktu berada di bangunan Parlimen.

“Cantiknya, Baju Tuanku Macam Pari-Pari” – Baju Kurung Raja Permaisuri Agong Di Parlimen Curi Tumpuan

“Cantiknya, Baju Tuanku Macam Pari-Pari” - Baju Kurung Raja Permaisuri Agong Di Parlimen Curi Tumpuan

“Lepas rindu berbokbek dengan Tuanku. Junjung kurnia dan kasih Tuanku,” tulis Rizalman sebagai kapsyen.

Busana yang mendapat jolokan nama ‘baju kurung Tuanku Raja Permaisuri Agong’ yang berwarna kuning keemasan itu dilihat cukup sempurna dan terletak.

Tidak lengkap rekaan tanpa adanya selendang menutupi dada serta tudung empat segi dan aksesori kebesaran.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, hasil rekaan Rizalman itu sangat menambat hati kaum wanita.

“Cantiknya baju Raja Permaisuri Agong, macam pengantin!” puji seorang wargamaya.

“Sukanya tengok baju Tuanku, berseri betul,” kata seorang wargamaya.

“Cantik betul baju Tuanku, nampak macam pari-pari,” komen seorang wargamaya.

“Ya Allah anggunnya Tuanku Permaisuri. Datuk pun segak la kemain,” ucap seorang wargamaya.

“Lawanya! Love teruk,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Rizalman itu telah mendapat hampir 90,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Baju Tuanku Permaisuri Jadi Pujian Rakyat Jelata. Ini Kata Kata Pujian Daripada Netizen Kepada Permaisuri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*