Dia Muatnaik Gambar Air Minuman Untuk Berniaga Tumpah Di Group FB Yang Semuanya Lelaki. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Memang Sangat Menakjubkan

Di zaman PKP/PKPB ini, rata rata rakyat akan duduk di rumah sahaja. Ramai yang beritahu mula belajar memasak kerana itu antara aktiviti yang boleh dibuat sepanjang musim PKP.

Sebelum ini tular di media sosial satu group Facebook yang diberi nama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Group tersebut memaparkan gambar gambar masakan yang tak menjadi mengikut spesifikasi resepi.

Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini menjadi tular di media sosial sehingga mendapat liputan media dalam dan luar negara.

Group tersebut mendapat sejuta ahli dalam masa yang amat singkat.

Suami Masak Apa Hari Ini

Selepas group Masak Tak Jadi muncul pula satu group Facebook yang diberi nama Suami Masak Apa Hari Ini.

Keunikkan group ini adalah ahli yang berada di dalam semua nya LELAKI. Tiada seorang perempuan yang berada di dalam group tersebut.

Pada asalnya , group tersebut ditubuhkan untuk suami suami tetapi sekarang yang belum kahwin juga boleh sertai group ini. Memang brotherhood habis!

Air Untuk Dijual Tumpah

Memang dugaan bulan Ramadan, saudara Khan Putra Khan Putra memuat naik satu posting di group Suami Masak Apa Hari Ini pada 19hb Mei 2020.

Di dalam gambar tersebut menunjukkan beberapa cawan air tumpah di atas jalan raya dan diberitahu bahawa itu adalah untuk berniaga.

Dengan luahan sedih saudara Khan Putra, beliau memberitahu tujuan beliau berniaga untuk membeli baju raya.

Perkongsian beliau mendapat respond yang sangat banyak dan lebih menakjubkan kesemua respond adalah positif.

Kisah ini diceritakan semula oleh saudara Asnawi Yusof di laman Facebook beliau sendiri,

Inilah golongan suami dan bakal suami yang baik-baik.

Saya join group Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) dan Alhamdulillah, vibe dalam group ini SANGAT POSITIF.

Ada yang masak jadi, minta tips, ada yang konsi tips, kongsi resepi, kongsi menu, kongsi video cara potong, kongsi video cara simpan makanan dan macam-macam lagi.

Yang paling menyentuh hati apabila ada bro ni tumpah air tapi ramai betul yang doakan baik-baik moga bro tu tabah dan murah rezeki.

Tak berhenti setakat itu, ada bro-bro yang siap nak beli dan sedekah kepada bro tu weh!

Inilah kelompok positif yang menjadi contoh untuk semua. Inilah bukti brotherhood para suami

Pertolongan dari ‘Brotherhood SMAHI’.

Ramai yang menawarkan bantuan. Daripada ingin membeli 5 cawan sehingga ada yang sanggup membayar segala kerugian beliau pada hari itu.

Ada juga yang menawarkan baju raya percuma. 

Ini yang dinamakan BROTHERHOOD. Mereka tidak kenal satu sama lain tetapi ramai yang ingin membantu dan yang paling best kesemuanya lelaki so tiada la bawang bawang.

TOLONG MENOLONG UNTUK RINGANKAN BEBAN

Teruskan usaha murni SMAHI. Jika anda perasaan selebriti (lelaki) pun sudah ramai sertai group tersebut dan mereka juga berkongsikan masakan mereka.

Apa pun group Suami Masak Apa Hari Ini memang sempoi, harap PM Muhyiddin Yassin boleh promote gak nanti. Huhu!

Artikel Oleh: Viddy Media

Segala Salin Semua Tidak Dibenarkan Kecuali Dengan Kebenaran Pihak Editor. Laporan Hakcipta Akan Dibuat Sekiranya Ada Salin Semua Tanpa Kebenaran

 

Be the first to comment on "Dia Muatnaik Gambar Air Minuman Untuk Berniaga Tumpah Di Group FB Yang Semuanya Lelaki. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Memang Sangat Menakjubkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*