Ada 3 Negeri Yang Tidak Perlu Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri. Ini Kenyataan Dari MyGCC

Semenjak merentas antara telah dibenarkan dalam PKPB ini, ada pula yang tertanya-tanya jika mereka yang tinggal dekat area ini, adakah mereka kena mohon sebagai merentas negeri? Mesti korang yang duduk area PJ, Klang semua ni ada yang confuse kan?

Menerusi Malaysia Government Call Centre (MyGCC), mereka yang duduk dan nak travel antara kawasan Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur tak perlu mohon untuk buat rentas negeri.

“Putrajaya, Kuala Lumpur and Selangor masih dikatagori dalam Klang Valley.”

Contoh situasi, korang tinggal di Banting, ingin ke Putrajaya atas urusan kerja. Korang boleh je bergerak ke Putrajaya tanpa perlu memohon kebenaran dari pihak Polis. Pergerakan daerah ke daerah dibenarkan.

Rentas daerah dalam negeri sama masih dibenarkan

Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa pergerakan rentas daerah di dalam negeri yang sama masih dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk pada hari raya.

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berita tular di media sosial semalam yang mendakwa beliau melarang pergerakan tersebut adalah berita palsu kerana tidak disiarkan di media perdana.

Menurutnya, setakat hari ini rentas daerah masih dibenarkan selagi tiada pengumuman baru mengenai perkara tersebut.

“Walau bagaimanapun di bawah Akta 432 Kementerian Kesihatan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan boleh membuat perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan-peraturan yang kita perkenal dan umumkan.

“Katakan tiba-tiba dia (ketua pengarah kesihatan) kata tidak boleh sebagai contoh, ziarah kubur di hari raya masih dibenarkan dan tiba-tiba Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merasakan tidak boleh, maka dikeluarkan peraturan tidak boleh. Maka tidak bolehlah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PKPB di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan memberikan peluang kepada mereka yang terkandas di kampung atau bandar untuk merentas negeri dalam tempoh empat hari pada 7 hingga 10 Mei lalu.

Selepas daripada tarikh tersebut, menurutnya, tiada lagi kebenaran rentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia, sebaliknya perlu mendapatkan kebenaran pihak polis.

“Kalau ada isu betul-betul serius, pada tanggapan polis boleh dibenarkan pergerakan tersebut, maka kita terserah pada budi bicara pihak polis.

“Jadi bagi kes-kes tertentu ini, boleh merujuk kepada pihak polis untuk mendapatkan kebenaran, tetapi peraturan dan SOP, tiada lagi rentas negeri dibenarkan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Be the first to comment on "Ada 3 Negeri Yang Tidak Perlu Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri. Ini Kenyataan Dari MyGCC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*