Anggota Polis Ini Cedera Ketika Sedang Mengiringi Menteri Besar Kedah Yang Baru

SEORANG anggota polis trafik ced3ra di kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya mel4nggar sebuah motosikal lain ketika mengiringi kenderaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Chemara, Sik, hari ini.

Dalam kejadian 6 petang hari ini, Lans Koperal Mohd Azlan Iswan, 31, dikatakan terjatuh dan ced3ra akibat kemal4ngan itu.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, anggotanya yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sik itu dikatakan mengiringi Menteri Besar dari Tol Gurun ke kediaman persendiriannya di Sungai Pau, Sik.

 MUHAMMAD Sanusi (empat dari kanan) melihat keadaan anggota trafik yang cedera. FOTO Ihsan Pembaca

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal anggota terbabit dikatakan melangg4r motosikal yang ditunggangi seorang jurujual lelaki berusia 24 tahun yang melintas dari kiri ke kanan secara tiba-tiba.

“Ketika kemal4ngan berlaku, siren sedang dibunyikan sebagai am4ran kepada pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit hanya ced3ra ringan iaitu di tangan dan kaki sebelah kanan, manakala anggota kami terseliuh dan cedera di kaki kanan,” katanya.

Abdul Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sanusi Menteri Besar Kedah Ke-14

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor. - Foto NSTP

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor. – Foto NSTP

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 dan majlis pelantikannya akan dibuat hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah memperkenan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 17 Mei 2020.

Katanya, baginda turut memperkenan peletakan jawatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa pada 17 Mei 2020 yang lalu.

Sumber : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Anggota Polis Ini Cedera Ketika Sedang Mengiringi Menteri Besar Kedah Yang Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*