Wanita Cantik Ini Adalah Isteri Mamat Sepah. Rupa Rupanya Isteri Dia Ada Kuasa Untuk ‘Tangkap’ Orang

Pelawak, Mamat Sepah yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini akui kasihan melihat isterinya yang terpaksa bertugas dan berkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Mamat berkata, isterinya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam turut dibekukan cuti sehingga pandemik COVID-19 betul-betul pulih.

“Kesian bini aku, tak cukup rehat…Kadang tu duduk depan TV pun terlelap. Nak kejut tak sampai hati sebab aku tahu dia letih.

Kesian bini aku, tak cukup rehat - Isteri kena bertugas, Mamat Sepah dedah apa yang isterinya lalui sepanjang PKP ini

“Sepanjang PKP ni, aku jadi pendengar setia dia yang sedih dengan orang-orang degil dan ingkar PKP di kawasan sini.

“Isteri aku kata, kalau boleh polis pun tak mahu tangkap orang, tak mahu marah-marah dah halau suruh balik rumah…tapi disebabkan terpaksa tugas, kena buat juga,” katanya.

Tambah Mamat, sepanjang PKP ini rutin hariannya juga berubah iaitu ‘bertugas’ menghantar isteri pergi dan balik kerja.

“Dia tak minta aku hantar dia pergi kerja tapi aku yang volunteer. Berkorbanlah sikit untuk isteri…Tengok dia penat pun dah tak sampai hati.

Kesian bini aku, tak cukup rehat - Isteri kena bertugas, Mamat Sepah dedah apa yang isterinya lalui sepanjang PKP ini

“Kalau nak diikutkan hati ni rasa bersalah sebab tak sempat pun nak bawa isteri pergi berbulan madu dan rasa macam ‘pengantin baru’.

“Raya tahun ini pun mungkin di Shah Alam sahaja kalau rantaian COV19 ini tak putus. Lagi pun isteri kena kerja,” katanya.

“Sebenarnya Saya Cepat-Cepat Kahwin Sebab Nak Bawa Isteri Beraya Kat Kampung, Tapi Apakan Daya…” – Mamat Sepah

“Sebenarnya Saya Cepat-Cepat Kahwin Sebab Nak Bawa Isteri Beraya Kat Kampung, Tapi Apakan Daya…” – Mamat Sepah

Pelakon Mamat Sepah mengakui antara sebab dia memilih melangsungkan pernikahan pada 1 Mac lalu kerana mahu membawa isteri pulang berhari raya di kampung.

Namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana Aidilfitri tahun ini jatuh pada saat rakyat Malaysia terpaksa ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19.

“Jangan cakap raya…sebak rasa hati ini terkenang orang tua di kampung halaman. Saya punya la nak nikah cepat-cepat tahun ni sebab nak bawa bini beraya dengan keluarga semua.

“Tapi apaka daya, meleset semuanya! Reda je lah, kita hanya mampu merancang namun yang menentukan segalanya Allah SWT.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Yang penting kita percaya pada ketentuan Allah dan jangan ragu-ragu dengan DIA,” kata Mamat ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ribuan kenderaan yang diarahkan berpatah balik kerana mahu pulang ke kampung, pelawak tersebut memohon orang ramai patuh pada perintah kerajaan.

“Kerajaan sudah memberi kelonggaran dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pun dah besar rahmat dah.

“Ikutlah nasihat kerajaan. Berkorban sedikit hari ini untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Selepas ini pasti kita boleh bertemu juga keluarga di kampung.

“Bersabar sikit ya semua. Kalau nak diikutkan perasaan, saya pun sedih. Dah 13 tahun jadi artis ini lah kali pertama tak dapat beraya dengan mak dengan ayah kat kampung,” katanya.

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Wanita Cantik Ini Adalah Isteri Mamat Sepah. Rupa Rupanya Isteri Dia Ada Kuasa Untuk ‘Tangkap’ Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*