Bekas Isteri Kedua Dai Farhan Telah ‘Block’ Nombor Dai Farhan. Sebab Kenapa Dia Sanggup Block Memang Mengejutkan

Bekas isteri Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi mengakui bahawa dia dan bekas suami tidak pernah lagi berhubung selepas diceraikan biarpun dirinya kini sedang mengandung anak hasil perkahwinan mereka.

Bahkan, ahli perniagaan yang dikenali dengan panggilan Dr. Erin itu memberitahu, dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.

“Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya.

“Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.

“Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tidak Akan Benarkan Jumpa Anak Sendiri

Menurut Dr. Erin lagi, bekas suaminya itu ada menyatakan hasrat untuk bertemu selepas anak dalam kandungannya itu lahir.

“Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini,” katanya.

Begitupun, menurut Dr. Erin, barang-barang peribadi Da’i Farhan masih ada di rumahnya lagi.

“Dia berada di Kelantan lepas keluar dari rumah. Sekarang pula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mungkin lepas habis PKP baru dia ambil barang-barangnya semua,” katanya.

Ujarnya lagi, biarpun hubungan tersebut bertahan hanya beberapa bulan sahaja, namun, dia mengakui hidupnya kini lebih tenang.

JANGAN KAITKAN DIA LAGI

Netizen Bongk4r Siapa Dr Erin Sebenarnya.. – Hiburan Kini

“Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi,” pintanya.

Terdahulu, Dr. Erin mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan dirinya sudah diceraikan pada April lalu selepas enam bulan berkahwin.

Sebelum kisah perceraian itu, Dr. Erin turut memaklumkan dirinya hamil dan dijangka bersalin awal tahun depan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV19

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Bekas Isteri Kedua Dai Farhan Telah ‘Block’ Nombor Dai Farhan. Sebab Kenapa Dia Sanggup Block Memang Mengejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*