Rosyam Nor Tampil Membidas Kenyataan Zul Yahya. Apa Rosyam Nor Bagi Pada Zul Yahya Memang Padu

Zul Yahya sebelum ini menggesa penggiat seni yang bekerja sebagai krew belakang tabir untuk meninggalkan bidang itu kerana titik peluh mereka tak dihargai. Dia turut menyifatkan industri seni hari ini dipenuhi dengan tangan-tangan kotor.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah mendapat respon pelakon terkenal iaitu Rosyam Nor. Kenyataan yang dikeluarkan Zul Yahya itu adalah disifatkan tidak wajar sama sekali.

Dia tak sepatutnya cakap begitu

Rosyam Nor berpendapat Zul Yahya tidak sewenangnya menuduh industri seni mempunyai rasuah. Industri seni merupakan salah satu sumber pendapatan untuk sebahagian krew belakang tabir mencari rezeki.

Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara yang buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni. Jadi, sesiapa yang masih lagi cari makan dalam bidang ini, mereka perlu teruskan perjuangan untuk mencari rezeki.

Berada dalam bidang ini pun rezeki

Tambah Rosyam Nor lagi, krew belakang tabir juga berperanan penting bagi menjalankan operasi pengisian program dakwah. Bagaimanapun, Rosyam Nor menolak pertemuan bersama Zul Yahya sekiranya untuk berdebat mengenai perkara ini. Bagi mengelak daripada memperbesarkan isu.

Ustaz dan pendakwah yang buat program ceramah dan dakwah pun ada juga unit kru sendiri. Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul. Mungkin nasibnya dengan izin Allah, dia dapat mencari rezeki dengan cara yang lain.

Kadangkala selepas beberapa ketika, mereka beralih cari kerja lain. Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang. Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga.

Sumber: Metro

Be the first to comment on "Rosyam Nor Tampil Membidas Kenyataan Zul Yahya. Apa Rosyam Nor Bagi Pada Zul Yahya Memang Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*