Kelmarin 508 Buah Kereta Patah Balik Tetapi Semalam Jumlah Kereta Yang Cuba Balik Kampung Lagi Banyak

JUMLAH kenderaan yang ditahan polis kerana cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik.

“Maknanya lebih ramai rakyat yang cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

“Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.

“Alhamdulillah polis arah patah balik, kalau dikenakan dikompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita.

“Saya harap tidak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan orang ramai yang amat merindui kampung halaman masing-masing, namun jika masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes j4ngkitan Cov19 berkurangan, pastinya PKP berakhir segera.

‘Belum tentu lepas apabila pulang dari kampung’

Kelihatan aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala Karak sesak ekoran sekatan jalan raya ketika tinjauan semalam. - Foto BERNAMA

Tiada jaminan bagi individu yang berjaya ‘meloloskan’ diri dari sekatan jalan raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri akan terlepas daripada tindakan apabila mahu pulang semula ke ibu kota.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini individu terbabit mungkin dalam keadaan gembira kerana berjaya pulang dengan memberi pelbagai alasan kepada pihak polis.

“Tetapi saya ingatkan kepada mereka, walaupun berjaya balik ke kampung, tidak bermakna mereka akan lepas daripada sekatan (jalan raya) apabila balik semula ke Kuala Lumpur atau tempat bekerja,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Sumber : HMETRO ONLINE / BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*