Ada Yang Cuba Ugut Pavithra Kerana Kongsi Video Masakan? Sugu Pavithra Terpaksa Tampil Dan Jelaskan Apa Yang Terjadi Sebenarnya

PASANGAN YouTuber suami isteri, Sugu Pavithra menafikan menerima sebarang ugutan daripada pihak tertentu yang meminta mereka untuk berhenti daripada berkongsi video masakan.

S Pavithra, 28, berkata ia sebaliknya hanya sekadar kecaman netizen di ruangan komen pada salah satu video yang dimuatnaik di Youtube mereka.

“Memang tidak ada sesiapa yang mengugut kami, ianya cuma komen negatif yang dihantar oleh netizen di ruangan Youtube sahaja.

“Pada ruangan itu memang ada yang mengeluarkan kata-kata seperti menyuruh kami berhenti memasak, jangan lagi buat video resipi dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kecaman yang diterima itu sedikit pun tidak menjadi ‘kudis’ kerana dia sentiasa berminat untuk berkongsi ilmu dan resipi masakan yang dimiliki.

Pavithra bersama suami tercinta

“Tidak kira apa sahaja ‘content’ (kandungan) yang kita buat, pasti ada yang ‘like’ (suka) dan ada yang dislike’ (tidak suka)… juga ada yang memberi komen positif dan negatif.

“Tidak mengapa… kami tidak kisah dan kami terima sahaja semua itu,” katanya.

Pavithra berkata, komen negatif yang diterima itu menjadi satu galakan dan semangat kepadanya untuk terus berkongsi video di laman media sosial itu.

“Walaupun mereka memberi maklum balas atau komen negatif, tetapi kami menerimanya secara positif,” katanya

Telah mencapai setengah juta subscriber di Youtube

Menurutnya, sehingga kini secara keseluruhan sebanyak 50 resipi dan 71 video sudah dikongsi di Channel Youtube berkenaan.

Katanya, dia mengakui hidupnya kini berubah sejak dikenali ramai dan sedang belajar menyesuaikan diri dengan kejutan cara hidup yang baharu.

“Kami hanyalah orang biasa dan tiba-tiba menjadi sangat sibuk, jadi kami sendiri belum pandai menguruskan masa dengan keadaan yang terlalu tiba-tiba ini.

“Tetapi saya ada ibu mentua untuk melihat dan membantu menjaga anak-anak, malah suami selalu memberi sokongan untuk meneruskan semua ini,” katanya.

‘PM hadiahkan ketuhar, tripod kepada Sugu Pavithra’

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Ada Yang Cuba Ugut Pavithra Kerana Kongsi Video Masakan? Sugu Pavithra Terpaksa Tampil Dan Jelaskan Apa Yang Terjadi Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*