Rupanya Jiran Sugu Yang Ajar Dia Guna Youtube. Bila Sugu Dah Popular, Jiran Dia Hati Panas Dan Ini Yang Terjadi

Bermula dengan sering berkongsi resepi masakan dan aktiviti berkeluarga disaluran Youtube, seorang suri rumah berjaya  menambat hati rakyat dan kini semakin dikenali ramai.

Sugu Pavithra, berjaya menarik perhatian pelbagai kaum dengan jumlah tontonan dan subscriber yang naik mencanak-canak dengan hanya resepi masakan ringkasnya.

“Panaslah anak didik dah potong jauh…”

Baru-baru ini, kecoh apabila Sugu Pavithra dikatakan telah meraih kecaman daripada bangsanya sendiri. Malah, ada yang sanggup menyuruhnya menutup saluran YouTube gara-gara berkongsi resepi masakannya dengan orang ramai.

Malah di Twitter, seorang lelaki mendedahkan juga mendedahkan bahawa jiran kepada Sugu Pavithra dikatakan panas hati apabila Sugu meraih subscriber lebih banyak daripadanya.

Walhal sebelum ini, Sugu Pavithra belajar membuka saluran YouTube dan menjadi Youtuber daripada dirinya. Turut dikatakan, jiran yang berbangsa Indonesia berkenaan telah memuat naik sebuah video untuk ‘menyerangnya’.

Sugu dah siap buat video ucap terima kasih…

Mesti kes dengki ni.

Di ruangan komen pula, segelintir netizen menyifatkan perkara seperti ini sewajarnya tidak perlu berlaku. Malah lebih bagus kalau mereka berdua berkolaborasi bersama untuk menghasilkan video yang disukai ramai.

“Dah lama muat naik, dah delete pun…”

Diharapkan agar orang ramai tidak menjadi batu api dan berharap kedua-dua pihak boleh berdamai semula.

Sumber : OMM

Sugu Pavithra Dapat Tripod & Kad Ucapan Istimewa Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin

Siapa tidak kenal dengan Youtuber Malaysia berbangsa India yang mempunyai subscribers seramai 400 ribu iaitu Sugu Pavithra. Dia berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan resepi masakan dan pada masa yang sama memaparkan kehidupan bersederhana bersama keluarga.

Terbaru, Sugu Pavithra telah menerima hadiah dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Antara hadiah yang diterimanya ialah  tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak. Wah, beruntungnya…

Terima hadiah dari PM

S Pavithra turut mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menghadiahkan keluarga peralamat dapur dan tripod untuk memudahkan lagi sesi rakaman. Malahan, dia tidak menyangka akan menerima hadiah sedemikian daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih. Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah kakak wartawan telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum.

Saya telah menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada lima hari lalu. Antara hadiah itu adalah tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak yang lain.

Dapat tripod dan kad ucapan

Ucapan pada kad itu yang bertulis tangan adalah “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”.

VIDEO DARI SUGU

Sumber: Rajasekaran ThiyagarajanBernama via Oh Bulan

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*