
Ketika musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) ramai diantara kita terperangkap dimana susah untuk bergerak. Walaupun sudah masuk ke PKPB, keadaan masih lagi belum jadi seperti dahulu dimana kemana sahaja kita nak pergi tiada masalah dan jika kita ingin pergi membeli barang di pasaraya tidak leceh untuk beratur panjang.
Pada waktu ini khidmat runner amat diperlukan terutama kepada golongan yang tidak mempunyai banyak masa untuk beratur atau yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke sesuatu tempat membeli barang keperluan.
Sebelum ini juga terdapat kisah tentang pelanggan merunggut Runner mengenakan cas penghantaran yang tinggi tetapi haruslah diingat bukan mudah untuk menjadi runner dan kadang kadang jarak penghantaran sangat jauh.
Kisah kali ini bukan mengenai berapa wang penghantaran tetapi berkenaan seorang individu yang bekerja sebagai runner ditipu seorang kakak. Kisah ini dipetik dari saudara Hairul Nizam yang telah memuatnaik luahan beliau di group Facebook komuniti CHERAS & AMPANG Food Delivery. Jom baca.
Assalamualaikum .
Ada cerita nak dikongsikan sikit , apepun salah sendiri sebab terlampau mempercayai seseorg dan diambil kesempatan di bulan mulia nie.
ALLAH , saya tak de la nak aibkan siapa2. Cuma amek pengajaran dan iktibar ape yg terjadi.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RUNNER
First skali , sy pernah update kt group nie mengenai sy ada buat runner untuk sesiapa yg memerlukan. Sebab PKP kan , so niat cuma nak membantu Dan memudahkan urusan orang lain. Terima kasih , alhamdulillah rezeki itu luas. Ramai yg gune khidmat sy dlm group nie , sepanjang dekat sebulan lepas sy post kt sini. Ada la 30-40 org yg dah sy bantu , dan ada yg repeat gune khidmat sy. Sy hargai dan terima kasih sgt2. Saya suke dengan kerja sy nie dan sy puas dpt tlg org , soal upah sy xkesah pun dan xpernah meminta . Seronok bila tlg org , rasa puas walau pun penat , alhamdulillah.
SEPERTI TIADA APA APA MASALAH BUKAN
AMBIL PENGAJARAN
Cuma ape yg terjadi hari nie , sy terkilan dan sedih la sikit . Soal duit tu tak kesah , boleh dicari. Tapi jgn la sampai menipu , sape yg pernah berurusan ngan sy tu tahu la sy mcm mana. Mmg bole ambil kesempatan juga , tpi manusia kan. Xsangke la dibulan mulia nie , ada yg tak jujur. Apepun silap sy sendiri , hehehe. Cuma nak pesan pada runner or seller yg lain lepas nie , kalau bole deal la betol2. Jgn la jadi mcm sy , sy pun amek pengajaran ape yg jadi.
RUNNER INI MAAFKAN KAKAK YANG MENIPU DIA
Allah byk pulak membebel nyee , ahahah. Akhir kata dari sy , untuk customer yg tipu sy. Sy tahu dia ada dlm group nie , sbb dia dpt pun mesti dri post sy yg sblom nie. Untuk akak yg tanpa nama tu , sy HALAL kan penat dan duit sy tu untuk akak sekeluarga , sebab makanan kan. Sy harap akak berubah , kot kalau xcukup duit , jgn la buat mcm nie. Insan yg teraniaya kalau dia xmemaafkan. Penat akak nak mencari dia nanti . Ohya , tq pada yg dah guna khidmat sy sebelom nie. Mintak halal terlebih or terkurang ye semua , selamat berpuasa Dan selamat hari rayaa. Walau pun xmeriah raya tahun nie , AHAHHA. ok sekian
Munkin selepas ini abang abang runner ambil la deposit dahulu. Apa pun ini semua dugaan. Semoga abang yang ditipu ini dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan urusan beliau.
Artikel By: Viddy Media
Leave a Reply