10 Malam Terakhir Ramadan, Sajat Dikecam Kerana Lakukan Sesuatu Yang Tidak Menghormati Ramadan

Bulan Ramadan bulan seribu nikmat. Apa sahaja yang umah islam lakukan kebaikkan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda.

Berpuasa bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga tetapi untuk melawan semua nafsu tidak elok. Menjaga tutur kata dan gaya. Lebihkan bersedekah.

10 malam terakhir telah tiba dan 10 malam terakhir ini ditunggu tunggu (Mengejar Lailatul-Qadar) tetapi berbeza dengan apa yang Jutawan Kosmetik Sajat lakukan. Apa yang dia buat mendapat kecaman netizen.

Sebut sahaja nama Nur Sajat, pasti ramai tahu usahawan kosmetik itu tidak pernah lekang daripada kontroversi panas.

Sehingga kini masih hangat lagi diperkatakan mengenai status jantinanya dan isu menunaikan umrah berpakaian wanita.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADAN

Baru-baru ini, video yang dikongsikan oleh Sajat di sebuah pusat membeli belah menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen seolah kurang senang dengan penampilan Sajat yang memakai baju pendek menampakkan bahagian perutnya.

Malah, ada yang merasakan tindakan Sajat itu seolah tidak menghormati bulan Ramadan. Kata netizen, pada malam-malam terakhir Ramadan sepatutnya memperbanyakkan ibadah.

Kata netizen lagi, Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempersoalkan bentuk badan usahawan itu yang kelihatan pelik.

Terdahulu, kecoh apabila Sajat difahamkan berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan umrah di tanah suci.

Perkara itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.

Sumber : Roti Kaya

Be the first to comment on "10 Malam Terakhir Ramadan, Sajat Dikecam Kerana Lakukan Sesuatu Yang Tidak Menghormati Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*