Satu Keluarga Positif C0VlD19 Apabila Ketua Keluarga Ini Degil Dan Pergi Solat Terawikh,

Jakarta: Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Cov19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.

Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.

Pegawai pencegahan Cov19 Kota Solo, Ahyani berkata, keluarga itu terdiri daripada usia dua hingga 58 tahun.

“Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.

“Ujian swab test menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.

“Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki jangkitan itu daripada bapa yang menunaikan solat tarawih di masjid.

Keluarga itu dilaporkan dirawat di Hospital Bung Karno dan pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wab4k di masjid dan kontak rapat lelaki itu.

Penduduk tidak hirau arahan

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa supaya masyarakat beragama Islam di negara itu tidak menunaikan solat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih.

Bagaimanapun, arahan itu tidak dihiraukan penduduk setempat menyebabkan penularan wabak itu di Indonesia semakin membimbangkan.

Setakat ini, 16,006 sudah dijangkiti wabak itu di Indonesia dengan 1,043 kematian dan kes aktif 11,445.

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*