Menteri Ismail Sabri Bagi Peringatan Tegas Untuk Semua Rakyat Tentang Apa Yang Bakal Terjadi Sekiranya Kita Masih Leka

RAKYAT perlu bersedia sekiranya ‘kebebasan’ yang dikecapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditarik semula sekiranya penularan Cov19 kembali meningkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, termasuk bekerja namun pematuhan yang tinggi setiap prosedur operasi standard (SOP) perlu dijadikan amalan.

Menurutnya, beberapa negara seperti Jerman, Korea Selatan dan China yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya kini terpaksa ditarik semula disebabkan peningkatan kes.

ISMAIL Sabri ketika sidang media di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. FOTO Bernama

“Apa yang berlaku hari ini mungkin berbeza esok kerana setiap keputusan kerajaan bergantung kepada situasi dan data yang diperoleh.

“Kita bernasib baik kerana ada kelonggaran dan setiap kebenaran yang diberikan perlu diambil dengan tanggungjawab demi menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengambil contoh di Arab Saudi, Ismail Sabri berkata, negara itu melaksanakan perintah berkurung 24 jam pada sambutan Aidilfitri nanti.

Katanya, keadaan semasa mungkin akan berubah dan tidak mustahil sekiranya PKPB ditukar semula kepada PKP.

Kini, kerajaan melaksanakan PKPB dan membuka sektor ekonomi bagi membolehkan rakyat bekerja semula selain mengaktifkan kembali ekonomi domestik.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Menteri Ismail Sabri Bagi Peringatan Tegas Untuk Semua Rakyat Tentang Apa Yang Bakal Terjadi Sekiranya Kita Masih Leka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*