Apa Yang Zul Yahya Kata Kepada Yang Berada Dalam Industri Hiburan Betul Boleh Buat Ramai Tersedar

PELAKON Zul Yahya, 47, menyeru pekerja industri filem dan drama kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mengubah haluan kerjaya yang diceburi mereka selama ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit di Instagram TV (iGTV), Zul berkata, sudah tiba masanya mereka melakukan perubahan dalam kehidupan untuk mencari rezeki lebih berkat di sisi Allah.

“Jom ubah kehidupan kita. Industri ini (hiburan) tak bawa ke mana pun, tak ada keberkatan. Dapat banyak pun (wang) tak pernah cukup. Dalam industri ada banyak kaki ampu, berpuak-puak, pentingkan diri sendiri dan rasuah. Begitu juga salah guna kuasa untuk peroleh sesuatu diingini.

“Nasib kru (pekerja belakang tabir) yang kerja susah payah tak ikut tempat, semua ceruk diredah dan makan tak menentu, pihak atasan tak nampak pengorbanan ini. Apa yang mereka nampak adalah keuntungan,” katanya.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendakwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tak ambil berat soal keberkatan.

Katanya, apa yang ditayangkan pun tak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit.

Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk ambil peluang ubah cara hidup dan undur diri.

“Kerja dalam industri ini, EPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) pun tak ada. Insurans ada yang boleh bayar, ada tak mampu.

Jadi, hadirnya Cov19 ketika ini, ia sebagai ujian untuk kita buka minda dan ambil peluang itu untuk ubah kehidupan.

“Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan kena berubah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini gagal,” katanya.

Menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya mnceburi kerjaya seni selama 20 tahun.

Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad mengundur diri meninggalkan industri seni dan berubah mencari rezeki lebih berkat.

Sehingga kini, video perkongsian Zul itu sudah mencatat lebih 6,000 komen dengan lebih 30 komen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment on "Apa Yang Zul Yahya Kata Kepada Yang Berada Dalam Industri Hiburan Betul Boleh Buat Ramai Tersedar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*