Bella Astillah Dan Aliff Aziz Umumkan Jantina Anak Kedua Mereka Selepas Berkahwin Buat Kali Kedua

PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah berkongsi bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada Julai ini.

Keterujaan mengenai jantina bayi itu diumumkan menerusi sesi siaran langsung di Instagram Aliff dan Bella semalam.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, difahamkan berada di Kuala Lumpur manakala Aliff berada di Singapura susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia sedia maklum tentang jantina bayinya namun merahsiakan terlebih dahulu dari Aliff sehinggalah semalam, jantina bayi itu diumumkan.

Bella, Aliff bakal timang bayi perempuan. – Foto Instagram Bella

Sementara itu, Aliff yang kini berada di Singapura berkata, dia memang mengimpikan anak perempuan.

“Alhamdulillah, betul anak perempuan. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Terima kasih Bella kerana kuat melalui masa-masa sukar ini dan juga Ayden. Insya-ALLAH, nanti kita berjumpa. Tak sabar nak jumpa semua.

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga,” katanya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Bella mengesahkan sudah merujuk semula dengan Aliff pada Julai tahun lalu selepas bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun yang sama.

Sebelum ini Aliff Aziz memberitahu akaun instagram lamanya telah digodam dan dia terpaksa membuat satu lagi akaun instagram yang baru.

View this post on Instagram

Hi guys. I decided to deactivate my previous verified Instagram account (aliffaziz91) because it was hacked and i lost all data on that account. I decided to create this new account with the username @iamaliffaziz so i could start posting again. Unfortunately it got flagged by Instagram as it thinks this account is a fake account and they said that this account can be suspended if it does not state that its a fan account. I'm hoping you guys can help me share this video hopefully Instagram sees and verifies that this is indeed me creating this new account and hopefully they verify and remove the 'Fan Account' headline that is under my name in the bio. Thank you so much everyone!

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 (@iamaliffaziz) on

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Bella Astillah Dan Aliff Aziz Umumkan Jantina Anak Kedua Mereka Selepas Berkahwin Buat Kali Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*