Anwar Ibrahim Bagi Teguran ‘Keras’ Kepada YB Norhizam Mengenai Kejadian Keluar Nama Binatang Semasa Berlangsung Dewan Undangan Negeri Melaka

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik di negara ini diingatkan janganlah terlalu kuat berpolitik hingga menyebabkan akal dan taraf mereka menjadi begitu rendah sekali.

Peringatan itu diberikan susulan kekecohan yang berlaku semasa Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) bersidang baru-baru ini yang disifatkan sebagai memalukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian di DUN Melaka itu amat memalukan dan lebih dikesalkan apabila tindak-tanduk pemimpin-pemimpin terlibat itu tidak ditegur oleh pimpinan parti masing-masing.

“Kepimpinan patut kata mereka berasa kesal dengan kejadian tersebut dan harap ia tidak diulang lagi, itu baru pemimpin politik.

”Kalau tiada kepimpinan yang minta maaf, ini cacat besar dalam politik itu.

“Orang yang terlanjur marah kena minta maaf, apatah lagi mereka ini ahli politik. Ahli Dewan Undangan Negeri ini pemimpin, patut tahu kerana ia adalah prinsip akauntabiliti.

“Ini bulan Ramadan, kita tahan lapar dan dahaga tapi tidak tahan nafsu serakah kemarahan. Ini saya dukacita” katanya di sini.

Anwar mengaku beliau pernah memberi amaran keras kepada seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat kerana mengeluarkan perkataan kesat kepada seorang pemimpin UMNO kerana kurang senang dengan sikap begitu.

Beliau berkata, pemimpin yang tidak ada fakta sahaja yang menjerit-jerit benda-benda yang mengaibkan seperti perkataan babi dan celaka.

“Atau baling buku, sedangkan buku untuk dibaca. Kalau anak cucu tengok macam mana?’ ujarnya.

Lantaran itu, Anwar menitip pesanan kepada netizen supaya jangan mencontohi jeritan babi itu ketika membuat komen.

“Ada pemimpin tertentu, kalau buat apa pun, ribuan orang akan ‘pukul’ dia. Hendak kritikan tak mengapa, nak tegur silakan. Tak perlu fitnah dan mencerca, tambah beliau.

Sumber : Malaysia Gazette

Be the first to comment on "Anwar Ibrahim Bagi Teguran ‘Keras’ Kepada YB Norhizam Mengenai Kejadian Keluar Nama Binatang Semasa Berlangsung Dewan Undangan Negeri Melaka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*