Pelakon Jasmin Hamid Menjual Roti Jala Tetapi Apa Yang Pelik Harga Dia Terlalu Murah. Dia Jelaskan Kenapa Dia Jual Roti Jala Murah

Pelakon Jasmin Hamid memilih untuk menjalankan perniagaan menjual roti jala sejak Februari lalu.

Menurut Jasmin, dia memilih juadah roti jala kerana niat perniagaannya untuk arwah ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2016.

“Kenapa saya pilih roti jala sebagai perniagaan? Semuanya kerana arwah mama saya”

Jasmin Hamid Jual Roti Jala Murah Dari Harga Pasaran? Ini Jawapan Empunya Badan..

“Terima kasih kepada yang dah sokong perniagaan saya dan semoga pahalanya sampai buat kedua arwah ibu bapa saya dan juga ibu bapa yang lain,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 membuat keputusan untuk menjual roti jala dengan harga murah kerana ingin lebih ramai yang dapat berkongsi rezeki.

“Ramai yang tanya, kenapa saya jual murah dari harga pasaran? Jawapannya supaya lagi ramai yang sokong, moga lagi banyak pahala yang mengalir untuk arwah ibu bapa saya dan ibu bapa yang lain.

“Dan kebanyakan penyokong-penyokong saya beli sebab nak berkongsi rezeki dengan yang lain. Sedekah makanan dapat panjangkan umur kita dan dapat menghapuskan dosa, sebagaimana air itu memadamkan api.

“Bila saya jual dengan harga sedemikian, korang dengan lapang dada dapat beramal tanpa rasa terbeban.

“Hendaknya dengan wabak Covid-19 ini, bila kita banyakkan bersedekah makanan, moga Allah akan cepat hapuskan wabak ini.

“Tambahan di bulan Ramadan ni, Allah akan lipat gandakan pahala pada hambaNya yang melakukan amal kebaikan,” tulisnya lagi.

Sumber: GEMPAK

 

Be the first to comment on "Pelakon Jasmin Hamid Menjual Roti Jala Tetapi Apa Yang Pelik Harga Dia Terlalu Murah. Dia Jelaskan Kenapa Dia Jual Roti Jala Murah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*