
Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menjelaskan kepada umum bahawa dia tidak menyediakan perkhidmatan reviu berbayar kepada mana-mana pihak di platform media sosialnya.
Begitupun, katanya, sekiranya terdapat reviu yang dilakukan di Instagram, semua itu hanyalah sekadar satu pertolongan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
“Saya mohon maaf, saya tak reti nak reviu ni. Lagi satu saya memang tak ambil apa caj untuk tolong iklan produk atau perkhidmatan seseorang.
“Jika nak beri juga, salurkan pada maahad yang saya asaskan tu atau sedekah pada yang lebih memerlukan,” kata Syed yang kini tidak mahu menggunakan gelaran PU menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Syed lagi, dia turut meminta kerjasama daripada orang ramai untuk tidak mendesaknya sekiranya ingin meminta bantuan reviu daripadanya.
“Cuma, jika saya tolong, tak bolehlah hari-hari suruh iklan, produk demo, sebab saya pun ada juga bisnes sendiri. Jika nak tolong boleh, saya cuba, tapi janganlah paksa-paksa untuk segera.
“Lepas itu, saya tak boleh jamin pengikut saya akan beli, yang pasti ada juga yang akan unfollow saya,” jelasnya.
https://www.instagram.com/p/CAFc85tJuMj/?utm_source=ig_embed
Dalam pada itu, katanya lagi, dia hanya akan membantu mempromosikan produk yang dijalankan oleh orang Islam sahaja.
“Saya akan tolong sekadar yang mampu. Iklan hanya produk atau perkhidmatan yang dijalankan oleh orang Islam sahaja,” katanya.
Terdahulu, Syed mencuri tumpuan ramai apabila menegur tindakan pelakon Zarina Anjoulie yang didakwa memaparkan kemesraan bersama teman lelakinya.
Tegurannya itu kemudian kononnya dikatakan cuba mendapatkan perhatian ramai untuk melariskan bisnesnya.
Sumber: GEMPAK
Leave a Reply