
Baru baru ini tular di media sosial dimana rakyat meluahkan rasa takut dan risau sekiranya C0v19 boleh merebak melalui makanan?
Ketika PKP sebelum ini rakyat diminta untuk tinggal di rumah dan disebabkan itu kebanyakkan akan membuat pesanan makanan secara penghantaran. Adakah boleh merebak melalui penghantaran makanan? Ini penjelasan DG Norr Hisham
Tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa jangkitan COV19 boleh menular kepada manusia melalui makanan, demikian tegas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lapor Awani
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari kebimbangan orang ramai susulan penutupan kilang ayam selepas pekerjanya didapati positif COVID-19.
Bagaimanapun, setakat ini KKM masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Veterinar berhubung kes tersebut.
“Saya Tahu Ramai Yang Risau, Setakat Ini Tiada Bukti Saintifik Jangkitan Melalui Makanan” – Dr Noor Hisham
“Saya rasa ramai yang risau mengenai isu ini dan kalau kita lihat setakat ini tidak jangkitan melalui makanan.
Jadi, kalau melihat kepada kilang ayam contohnya, dalam proses dan kita tunggu sama ada virus tersebut ada dalam haiwan, seperti ayam.
“Setakat ini kita menunggu kajian daripada Jabatan Veterinar,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menyarankan agar makanan mentah yang dibeli oleh pengguna dimasak dengan baik bagi mematikan sebarang kemungkinan virus yang terdapat pada makanan tersebut.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri tiga premis diarahkan tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk kilang memproses ayam di Negeri Sembilan.
Sumber: Astro Awani
Leave a Reply