2 Tahun Lepas Rumah Najib Razak Diserbu Selepas Kalah PRU14. Anak Perempuan Najib Dedahkan Bahawa Najib Razak Pernah ‘Hilang’ Dalam Rumah Ketika Itu

Genap dua tahun rumah diserbu pihak polis, anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib mengimbau kembali peristiwa saat mereka diuji. Memuat naik tiga keping gambar ketika malam kejadian, Nooryana kongsi keadaan menyedihkan bapa tertidur di bilik zaman kanak-kanaknya yang sudah tidak digunakan selama 10 tahun.

Imbas kembali kejadian dua tahun lepas, Yana memberitahu polis datang ke rumah dan meminta kerjasama bapanya untuk menjawab beberapa soalan berkaitan 1MDB. Tanpa berselindung dan beri kerjasama sepenuhnya, bapanya menjemput mereka masuk. Walau bagaimanapun, polis bertindak menyerbu rumah.

GAMBAR PERTAMA

Gambar pertama adalah di mana polis masuk ke bilik bapa.

Gambar Kedua

Gambar kedua adalah ibunya, Datin Rosmah yang keletihan dan berehat disamping bapanya. Walaupun penat dan terkejut, bapanya masih mampu tersenyum pada jam 3 pagi.

Gambar Ketiga

Gambar ketiga adalah sehari selepas kejadian di mana Ashman tidak menjumpai bapa walaupun sudah mencarinya di tempat biasa -bilik tidur, bilik membaca dan ruang tamu. Rupa-rupanya bapa sedang tidur di sebuah bilik sewaktu Nooryana kecil, bilik itu terletak di hujung lorong di tingkat atas.

Katanya lagi, sudah lebih 10 tahun bilik tersebut tidak digunakan. Bilik tersebut dipenuhi buku-buku lama, poster selebriti dan kotak-kotak permainan zaman kanak-kanaknya.

Melihat bapanya menyelinap masuk di sebalik kotak-kotak hanya untuk mendapatkan rehat membuatkan Nooryana sebak. Bayangkan bapanya tidak dapat melelapkan mata selepas melihat polis menyerbu bilik seperti seorang penjenayah, bilik anak adalah tempat paling selamat buatnya. Namun, mereka menganggap ini adalah ujian dan bersabar tanpa tidak berputus asa.

https://www.instagram.com/p/CAErCcOnRMj/?utm_source=ig_embed

Sumber : Yana Najib via OH BULAN

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*