Berbalas Makian Sesama Sendiri Ketika Dewan Undangan Negeri Melaka Bersidang. YB Norhizam Tampil Jelaskan Punca Sebenar Dan Apa Yang Dia Rasa Ketika Itu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa terpaksa ‘bertegang leher’ untuk mempertahankan dirinya selepas diprovok dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, hari ini.

Norhizam yang juga Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mendakwa beliau diprovok oleh wakil rakyat pembangkang ketika kekecohan berlaku di antara Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.

“Ketika kekecohan yang berlaku antara mereka berdua saya hanya mendiamkan namun secara tiba-tiba saya dilemparkan kata-kata kesat oleh wakil rakyat pembangkang yang duduk di bahagian belakang.

“Mereka mem4ki hamun saya termasuk menggelarkan saya sebagai barua dan pengkhianat sebelum saya bangun untuk mempertahankan diri,” katanya.

Pada masa sama katanya, beliau kesal terhadap penularan video yang sengaja merakam beliau dalam keadaan marah dan turut mendakwa video tersebut dirakam oleh salah seorang wakil rakyat daripada pembangkang yang bertujuan untuk memburukkan diri beliau sebagai wakil rakyat bebas.

“Memang saya kesal, tapi sebagai wakil rakyat berjiwa kental isu video tular sudah lali bagi saya, kerana rakyat tahu saya buat kerja,” katanya.

Beberapa jam lalu, video berdurasi 1.10 saat tular di aplikasi whatsApp memaparkan Norhizam perang mulut dengan wakil rakyat pembangkang sebelum ditenangkan oleh ADUN Telok Mas, Datuk Noor Affandi Ahmad dan ADUN Ayer Molek, Rahmat Mariman.

Norhizam (kanan) ketika berperang mulut dengan beberapa wakil rakyat pembangkang ketika sidang DUN itu berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan, gara-gara kekecohan dan perang mulut yang berlaku, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, di sini, hari ini terpaksa ditangguhkan.

Persidangan yang bermula jam 9.30 pagi itu kecoh rentetan Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) mendakwa Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar tidak layak di kerusinya kerana tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Perang mulut di antara mereka berdua terus berlanjutan setelah Idris melemparkan buku peraturan dewan ke arah Omar sebelum beberapa wakil rakyat pembangkang turut bangun hingga situasi dalam dewan ‘panas’.

Sumber : Sinar Harian

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*