Norhizam Hassan Baktee Hilang Sabar Dan Mula ‘Maki’ Dalam Persidangan DUN. Ayat Yang Dia Ulang Banyak Kali Memang Lain Macam

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kecoh sehingga terpaksa ditangguhkan, gara-gara cadangan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker sedia ada.

Kekecohan yang tercetus sejak awal persidangan yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi itu bermula apabila bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron mendakwa Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar tidak layak berada di kerusinya bagi meneruskan persidangan berkenaan.

Ini kerana beliau sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli dewan sebelum kumpulan pembangkang termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari lantas bangun dan membidas kenyataan Idris.

Idris turut dikatakan melemparkan buku panduan Dewan selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee turut bertikam lidah dengan wakil pembangkang dari DAP.

Kegamatan persidangan yang dijalankan tanpa liputan media itu berterusan lebih 30 minit sehingga memaksa Omar membuat keputusan menangguhkan persidangan hingga ke satu tarikh kelak.

Sidang DUN Melaka kecoh, ADUN minta tukar Speaker

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini menggambarkan dirinya sebagai “Hulk”, hilang sabar semasa persidangan DUN Melaka pagi ini.

Norhizam, yang telah bergabung dengan Perikatan Nasional, dilihat bertikam lidah dengan ahli dewan undangan negeri dari bekas partinya DAP.

Pada jam 10 pagi tadi, Speaker Omar Jaafar menangguhkan sidang DUN hanya selepas 30 minit berlangsung apabila berlaku perbalahan di antara beliau dengan bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Umno-Sungai Udang) dan beberapa Adun PH.

Adun Perikatan Nasional (PN) kemudian berkumpul semula dan meneruskan sidang DUN tanpa kehadiran wakil pembangkang.

Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia, Ab Rauf Yusoh sebagai speaker yang baru.

Sumber : Malaysia KINI / ASTRO AWANI

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*