Ada Yang Tak Nampak Bila Ada Line Kuning Halang. Doktor Ini Tampil Untuk Jelaskan Kenapa Ianya Sangat Penting

Sejak dari PKP dilaksanakan memang ramai yang ternanti nanti pengumuman yang akan diberikan oleh pihak kerajaan setiap hari. Biasanya 2 kali pengumuman dilakukan setiap hari. Pengumuman pada waktu tengah hari dan waktu petang. Ia untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat tentang apa perkembangan terbaru mengenai PKP dan C0V19 di Malaysia.

Siaran langsung atau sidang media akan disiarkan di platform digital seperti Facebook dan Youtube. Siaran di TV juga akan dilakukan juga.

Sekiranya anda perasan, setiap kali sidang media akan ada satu kotak kecil di hujung belah bawah kanan. Di dalam kotak tersebut terdapat individu yang menterjemahkan segala maklumat di dalam bahasa isyarat. Tetapi baru baru ini ramai yang mengadu bahawa mereka tidak nampak apa yang diterjemahkan. Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor yang bernama Kamarul Ariffin Nor Sadan. Jom baca …

Sidang media perkembangan terkini PKP | 22 April 2020 - YouTube

Sahabat-sahabat saya memohon saya memanjangkan perkara ini kepada pihak-pihak penyiaran, namun saya rasa ada elok juga saya gunakan peluang ini untuk beri kesedaran (awareness) kepada semua pihak.

PERTAMA: GERAK DAN MIMIK

Individu dalam petak kecil yang selalu muncul di penjuru kanan skrin kita setiap kali ada perutusan dan kenyataan media dari pihak berkuasa adalah penterjemah untuk bahasa isyarat.

Kita selalu ajuk dan jenakakan isyarat dan mimik muka penterjemah ni. Apabila kita bercakap, kita gunakan nada untuk tampilkan emosi, dalam bahasa isyarat mereka gunakan lebih mimik muka untuk hal itu.

Malah emosi juga di pamerkan melalui ketangkasan atau gemalai pergerakan isyarat tangan. Sebab itu kadang-kadang kita lihat macam beriya-iya si penterjemah itu buat isyarat, siap dengan mimik muka.

KEDUA: TERHALANG.

Jika kalian seorang yang peka, kalian mesti perasan ketika siaran langsung (FB live) perutusan PM atau kenyataan media MKN, ada beberapa individu beri komen tentang bar kuning di bahagian bawah skrin.

Mereka yang komen itu adalah sahabat-sahabat kita yang kurang upaya pendengaran (pekak). Mereka ni menerima maklumat yang disampaikan oleh PM melalui penterjemah bahasa isyarat.

Saiz penterjemah itu kecil sahaja ruangnya , kadang-kadang terhalang pula oleh bar kuning berkenaan. Apabila itu berlaku, sahabat kita akan terlepaslah maklumat yang disampaikan.

KESIMPULANNYA:

Kita tak usahlah asyik persenda mimik dan pergerakan penterjemah bahasa isyarat tu. Jika orang persenda bahasa kita, kita pun tak berapa suka, kan?

Diharap pihak-pihak penyiar lebih peka dengan susun grafik pada skrin. Pastikan ia tidak menghalang penterjemah bahasa isyarat.

Terima kasih. Mohon jasa baik Jabatan Netizen untuk memanjangkan hal ini kepada semua pihak. Tak usah sisihkan OKU. #kitajagakita #kitajagaOKU

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Artikel By: Viddy Media

Be the first to comment on "Ada Yang Tak Nampak Bila Ada Line Kuning Halang. Doktor Ini Tampil Untuk Jelaskan Kenapa Ianya Sangat Penting"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*