Bekas Doktor Gigi Ini Menyesal Kerana Tidak Senaraikan Negara Malaysia Sebagai Paling Bagus. Ini Rayuan Dia Kepada Semua

JIKA anda masih skeptikal terhadap arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin kenyataan daripada ‘mat saleh’ ini boleh memberi justifikasi yang diinginkan.

Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COV19 di akaun Facebooknya pada Sabtu.

Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran v1rus berkenaan.

'Bantu saya sebar kehebatan Malaysia tangani COVID-19'

Pfundheller kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran COV19. – Facebook \ Dustin Pfundheller

“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COV19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun.

“Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan v1rus terus merebak.

RASA BERSALAH

“Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COV19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.

Video itu sudah menerima lebih 600,000 tontonan dan 40,000 perkongsian setakat ini.

Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.

Terima kasih, video ini benar-benar menggambarkan perbandingan statistik, kejayaan dan usaha negara kami untuk memerangi COV19. Pujian kepada kerajaan dan barisan hadapan,” kata Allfi Syah.

“Terima kasih kerana memaparkan tanah air saya yang sedang berusaha memerangi ‘musuh yang tidak kelihatan’ ini,” tulis Fara Ishak.

“Kami tidak dipandang di peringkat antarabangsa, tetapi tak mengapa kerana yang penting rakyat Malaysia dilindungi dan selamat, kami gembira kerana berjaya melakukan walaupun dalam senyap,” tulis Azwan Zwan.

Sumber : ASTRO AWANI

Be the first to comment on "Bekas Doktor Gigi Ini Menyesal Kerana Tidak Senaraikan Negara Malaysia Sebagai Paling Bagus. Ini Rayuan Dia Kepada Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*